Khamis, 24 Februari 2011


Namaku Isma...di sini aku hanya ingin berkongsi cerita...cerita peribadi yang ku ceritakan kepada temanku...tiada niat untuk menunjuk-nunjuk..cuma ingin menjadikan ceritaku bahan bacaan kepada umum..bukan untuk menagih simpa..cuma sekadar pengisi jiwa kala lapang..


Cerita aku tak lah seagung cinta Siti Khadijah pada Rasulullah... Tak sehebat cinta Siti Zulaikha pada Nabi Allah Yusuf... tapi cerita cinta ni adalah cerita cinta yang aku rasakan ingin aku tulis untuk di jadikan sebuah cerita yang boleh di baca dan di kongsi... tiada magis atau kejutan yang menarik, tetapi ia adalah sebuah cinta yang penuh dengan pengharapan, impian dan kasih sayang.
Kisah cinta aku bermula di sebuah laman sosial... kadang-kadang orang selalu cakap, lelaki-lelaki yang ada dalam laman sosial ni susah untuk di percayai.. memang ada kebenarannya. Tapi itu terpulang pada individu untuk menilai dan memilih kan... dh nama pun kita duduk di negara demokrasi... kebebasan bersuara di utamakan...


!!‘MC’!!.... nama yang digunakan oleh si dia pada profile nya.. salam perkenalan di hulurkan melalui mesej. Ketika itu aku berada di dalam keadaan yang tertekan dek kerana exam. Si dia dengan ikhlas bertanyakan masalah aku dan menawarkan diri untuk membantu. Keikhlasan dan kesanggupannya membantuku membuatkan hatiku berdetik untuk mengenalinya. Sebelum ini memang ramai yang menghantar mesej kepadaku. Tetapi aku sekadar baca dan terus memadam semua mesej mereka. Tetapi dengan dia...berbeza....aku dapat rasakan hatiku berbisik untuk aku mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Si dia memberiku nombor telefonnya...meminta aku untuk menghubunginya jika aku sudi berkenalan dengannya. Selepas itu, bermulalah perhubungan kami melalui telefon pula. Kami sering berbalas mesej. Mohd A, nama si dia. Pada waktu itu dia sedang bertugas menjaga peperiksaan SPM.

0 what others might think: