Jumaat, 22 April 2011

Kerana Dirimu Cukup Indah




Kerana indahnya dirimu..



Kau galas beban membawa benih cinta yang di semai..



9 bulan bukan satu tempoh yang singkat



Pelbagai kesakitan yang kau tanggung



Pelbagai perubahan yang kau alami



Bermacam perasaan hadir



Namun kau tempuh dengan senyuman



Menunggu anakmu yang bakal lahir






Kerana indahnya dirimu



Saat melahirkan..



Kesakitan yang kau tanggung membuat airmatamu menitis



Namun saat melihat wajah permata hatimu



Senyuman terukir walau ketika itu darah masih mengalir



Sekali lagi titik jernih itu menitis



Bukan kerana sakit..



Tetapi memanjatkan kesyukuran padaNya



Kerana memberimu anugerah terindah






Kerana indahnya dirimu



Saat diri masih lemah



Setelah bertarung dengan maut..



Kau gagahkan diri melayan si kecil



Yang merengek meminta belaian



Saat dia sakit



Kau korbankan tidurmu



Kau lepaskan rehatmu



Kau pergi kepadanya



Memenuhi keinginannya






Kerana indahnya dirimu



Setiamu berdiri di sisi suami



Menjadi tiang peneguh rumahtangga



Menjadi kekasih hati keluarga



Menjadi insan yang penting di rumah



Menjadi individu pertama yang di cari anak-anak



Saat mereka di landa masalah






Kerana indahnya dirimu



Walau kau di cipta dari rusuk yang bengkok



Namun kau sempurna dalam memberi belaian manja



Kau sempurna dalam menjalankan amanah Allah



Kau cukup sempurna dalam menjadi peneman suami






Kerana indahnya dirimu



Walau diri telah di mamah usia



Namun kau terus mempamerkan kekuatan



Menyembunyikan segala kesulitan dan kesakitan






Kerana indahnya dirimu



Kau kan tetap ku sanjung



Ku sayang hingga akhir hayatku






Kerana indahnya dirimu



Ku berjanji



Akan Ku jaga dirimu



Hingga akhir nafasmu..

0 what others might think: