Jumaat, 29 April 2011

Adam ku..Hawa mu berharap....



Adam ku

Jangan kau junjung harta dunia

Kelak dirimu kan kecewa...


Jangan kau sujud pada cinta manusia

Kelak ia kan membawamu leka

Lupa pada tugasmu sebagai khalifah


Adam ku

Bercintalah kerana Allah

Menyayangilah kerana Dia..


Sebagai ratu hatimu

Bakal permaisuri di istana cintamu


Tak ku harap kau berharta dunia

Cukuplah kau berharta di SANA


Tak ku harap kau berwajah Putera Impian

Cukuplah kau berwajah seorang seorang Suami dan Bapa


Tak ku harap kau menjadi Pemimpin Unggul Dunia

Cukuplah kau menjadi Pemimpin Masjid kecil kita


Adam ku

Fitrah kejadianku tak seagung penciptaanmu

Kerana aku datang dari rusukmu,

Yang bengkok tak sempurna


Ku harapkan dirimu membentuk ku

Ku harapkan dirimu memimpinku

Ku harapkan dirimu mengajarku erti cinta yang sempurna


Adam ku

Jadilah manusia yang sentiasa sujud pada Tuhannya

Jadilah Imam yang sentiasa bersama makmumnya

Jadilah suami pada Hawa

Suami yang sentiasa menjaga Hawa nya

0 what others might think: