Jumaat, 2 Januari 2015

Kerinduan Suami Isteri


"Aku nia mungkin lupo kak engkau
Ensan pan betiru kau nyaun ensedi ku"

Ni lirik lagu bajau.. maksudnya

"Saya tak mungkin lupakan abang
walau sekarang ni abang tiada di sisi.


Sayu.... sedih lirik lagu ni. Wawa baru balik dari Perlis.. balik utk teruskan kerja disini. Tinggalkan En. Suami kat sana.

Sayu bila En. Suami kata sunyi. Sedih bila En. Suami kata dia rasa kosong bila isteri tiada di sisi.

Aduhai En. Suami..... Benarlah kata orang, tempat seorang isteri itu adalah di sisi suami. 

Sabar ya Sayang.. isteri mu ini mencuba sebaik mungkin utk kuat demi kamu. 
Mungkin abang tak terlihat titis airmata saat abang meluahkan kerinduan. Namun getar suara menahan sebak isteri mu ini tetap terdengar olehmu. Betapa sukar isterimu ini menelan tangis dan tertawa bersamamu utk menghiburkan hatimu yang sedang sedih. 

Suamiku.. akan tiba nanti satu ketika kita tak perlu berpisah begini lagi. Walau tak pasti bila, namun ku yakin Allah telah mengatur hidup kita sebaiknya. 

Jumaat, 26 Disember 2014

STATUS BERTUKAR

Tahun 2014 bakal melabuhkan tirai dalam sedikit masa lagi. Bermacam-macam aktiviti yang kita lakukan untuk menutup tahun 2014 ni. 
Wawa pun ade story nak kongsi, tapi sebelum tu sama-sama kita panjatkan doa buat saudara kita di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir.

okay.... tahun 2014 ni banyak memberi cabaran pada wawa. cabaran hidup yang pastinya kadangkala membuatkan wawa rasa macam nak give up..

tapi dalam masa yang sama, 2014 menghadirkan ramai insan-insan yang menyayangi wawa dan memberi semangat kat wawa untuk tempuhi cabaran yang datang. 

cakap pasal insan yang hadir dalam hidup wawa pada tahun 2014 ni, dia ialah seorang rakan yang sangat memahami. seorang kawan yang wawa kenal sejak tahun 2007. dulu kawan ni banyak mendengar dan memberi nasihat pada wawa. tapi setakat tu jer la sebab dia pn ade girlfriend time tu. 

kawan ni jugak tak pernah hilang dalam hidup wawa walaupun wawa dh banyak kali menghilang dari hidup dia. 

sekarang, kawan ni dh bertukar gelaran dan status taw. dia bukan lagi KAWAN wawa tapi SUAMI wawa... (wink....wink)

...My best friend is now My Husband...


Now... he is the only man in my life. Not only for today...but forever...



Love,
Nazwa@wawa

Isnin, 8 Disember 2014

I Just Want To Be ALONE.


There are times when alone is the best place to be.
I really need to be alone. Life right now is just to cruel to me. I want to run away from all the people and problems. 

Ahad, 7 Disember 2014

Saat Lafaz Sakinah

Saat dan detik itu semakin hampir. Perasaan bercampur baur. Gembira, kerana akhirnya akan di satukan dengan insan yang akan membimbing hingga ke syurg. Namun keresahan itu tak dapat di bendung. Pelbagai persoalan timbul di benak hati. Kegusaran jelas terpancar di wajah walau cuba disembunyikan di sebalik gurau senda.

Mampukah dia nanti bertahan dengan perangai keanak-anakkan?
Bolehkan dia nanti melayan rajuk tanpa bosan?
Dan satu persoalan besar yang menjadi kebimbangan,
Mampukah dia menyayangi dan mengasihi seperti sayang dan kasihnya ibu dan abah ?

Ya Allah, Tenangkan hati ini.

Rabu, 3 Disember 2014

I want to dream a different DREAM

Mimpi...  Mimpi yang kadang membuat kita bahagia. Dalam mimpi, kita menjadi apa yang kita harapkan. Kita cipta pengakhiran mimpi indah kita.

Aku ingin bermimpi..
Didalam mimpi di mana aku mempunyai seorang suami yang tak lelah mengucapkan maaf saat dia melakukan salah. Tak lelah memujuk saat aku merajuk.

Aku ingin bermimpi..
Di dalam mimpi di mana aku di sayangi selayaknya aku. Aku di fahami walau sesukar mana untuk aku di fahami. 

Aku sedar.. Aku tak layak di layan seperti seorang puteri sebuah kerajaan.. Tapi cukup aku dilayan seperti seorang puteri yang menduduki takhta hati seorang lelaki. 

Aku ingin bermimpi... Tapi mimpi yang berbeza dari kehidupan sebenarku.

Love, 
Nazwa


Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Lama rasanya tak update blog ni.. Dah bersawang tahap dewa dah ni. Bukan dah lupakan blog ni tp hidup sejak kebelakangan ni banyak sangat dugaan yang kadang-kadang mematahkan semangat dan membunuh idea untuk menulis.
Di entri pertama ini, setelah hampir setahun mendiamkan diri, ingin saya berkongsi tentang satu kisah. Bukan kisah cinta romantik, tapi kisah diantara dua manusia yang tidak ditakdir untuk bersama. Kisah ini saya rangkumkan didalam sebuah sajak.. Hayatilah sahabat.

Maafkan Aku.

Ku lihat dia dari jauh..
Berpakaian serba hitam berhijab biru
Seorang gadis

Ku lihat dia saat dia menyapa
Menghulur tangan tanda perkenalan
Itulah saat perkenalan dan perjalanan

Bertahun bersama
Harapan teruna ingin bersama keakhirnya
Namun tidak pada si dara
Apa yang dirasa hanya simpati dan bukan cinta
Berkali di nyata namun tak di dengar..

Sampai saatnya si teruna terpaksa melepaskan
Memberi laluan kebahagiaan
Sedang dia membawa diri jauh di lautan
Melayan hati dan perasaan
Dengan lagu-lagu memori perkenalan

"Maafkan aku tak mampu lupakan
Kenangan manis tapi menyiksakan
Ku doa dikau capai bahagia
Walau tak memilih aku tapi dia"

...Maafkan aku...

Ahad, 7 April 2013

Kerinduan Hanya Untuknya...


Rindu.... aku rindu
rindu pada suaranya
rindu pada kenangan dengannya
rindu pada dia di hadapan mata

rindu.... aku rindu....
untuk makan bersamanya
berjalan bersamanya
bergurau dengannya

Nanti.... Aku nanti...
saat dan ketika untuk bersua dengannya lagi
bakal tunang yang aku kasihi
sehingga mati tetap menjadi kekasih hati