Jumaat, 2 Januari 2015

Kerinduan Suami Isteri


"Aku nia mungkin lupo kak engkau
Ensan pan betiru kau nyaun ensedi ku"

Ni lirik lagu bajau.. maksudnya

"Saya tak mungkin lupakan abang
walau sekarang ni abang tiada di sisi.


Sayu.... sedih lirik lagu ni. Wawa baru balik dari Perlis.. balik utk teruskan kerja disini. Tinggalkan En. Suami kat sana.

Sayu bila En. Suami kata sunyi. Sedih bila En. Suami kata dia rasa kosong bila isteri tiada di sisi.

Aduhai En. Suami..... Benarlah kata orang, tempat seorang isteri itu adalah di sisi suami. 

Sabar ya Sayang.. isteri mu ini mencuba sebaik mungkin utk kuat demi kamu. 
Mungkin abang tak terlihat titis airmata saat abang meluahkan kerinduan. Namun getar suara menahan sebak isteri mu ini tetap terdengar olehmu. Betapa sukar isterimu ini menelan tangis dan tertawa bersamamu utk menghiburkan hatimu yang sedang sedih. 

Suamiku.. akan tiba nanti satu ketika kita tak perlu berpisah begini lagi. Walau tak pasti bila, namun ku yakin Allah telah mengatur hidup kita sebaiknya. 

0 what others might think: