Ahad, 7 Disember 2014

Saat Lafaz Sakinah

Saat dan detik itu semakin hampir. Perasaan bercampur baur. Gembira, kerana akhirnya akan di satukan dengan insan yang akan membimbing hingga ke syurg. Namun keresahan itu tak dapat di bendung. Pelbagai persoalan timbul di benak hati. Kegusaran jelas terpancar di wajah walau cuba disembunyikan di sebalik gurau senda.

Mampukah dia nanti bertahan dengan perangai keanak-anakkan?
Bolehkan dia nanti melayan rajuk tanpa bosan?
Dan satu persoalan besar yang menjadi kebimbangan,
Mampukah dia menyayangi dan mengasihi seperti sayang dan kasihnya ibu dan abah ?

Ya Allah, Tenangkan hati ini.

0 what others might think: