Lelaki Yang BAIK adalah lelaki yang PALING BAIK terhadap isterinya...
Siapa yang tak nak seorang suami yang baik kan
Suami yang menjaga kebajikan kita
Suami yang tahu melayan kehendak kita
Suami yang sentiasa meluahkan dan mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada kita....
cakap pasal meluah dan mengungkapkan rasa sayang.......
sebenarnya ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk meluahkan rasa cinta dan sayang pada seseorang
terbaca di dalam sebuah buku
tentang bagaimana seorang suami yang sederhana
yang hanya mampu menyediakan keperluan asas yang sederhana kepada isterinya
keluarga ini sering di pandang serong kerana kemiskinan mereka
si isteri di pinggirkan oleh rakan-rakannya kerana
TIDAK SETANDING DENGAN MEREKA
namun keluarga ini tetap bahagia
pasangan suami isteri ini sentiasa gembira
pada suatu hari, seorang rakan terserempak dengan si isteri
lalu si isteri mengajak rakannya singgah ke rumah
sedang asyik berborak, si rakan terlihat sebuah album gambar
lalu di ambil olehnya dan album tersebut di buka
di dalam album itu di penuhi dengan kad kecil dan kepingan-kepingan kertas yang tertulis ucapan yang sama di setiap kad
lalu si rakan bertanya kepada si isteri tentang kad-kad dan kepingan kertas kecil tersebut
dengan lemah lembut si isteri berkata
"Itu adalah KUNCI kebahagiaan keluarga kami"
Setiap hari, sebelum si suami keluar rumah, dia akan menulis ucapan dan meninggalkan kad atau kertas diatas katil mereka.
ucapan yang di tulis pula sama sahaja iaitu
"Terima kasih kerana masih menjadi isteri abang. Abang sayang dan cintakan Sayang kerana Allah."
hanya dengan sekeping kertas dan kad dan dua baris ayat menjadi peneguh ikatan kasih pasangan suami isteri ini...
Ya Allah..... indahnya ikatan perkahwinan yang menjadikan Islam sebagai asas perhubungan.
Indahnya Cinta antara dua insan yang menjadikan Cinta Allah sebagai paksi..
0 what others might think:
Catat Ulasan