AKU MASIH MENCARI-CARI
SIAPA AKU YANG SEBENAR
AKU KELIRU DALAM REALITI ALAM
YANG KU RASA TERLALU KEJAM
DAN MENYEKSAKAN
AKU MASIH MENCARI-CARI
PUNCA MENGAPA AKU TAK SEPERTI MEREKA
BERTERBANGAN BEBAS DI RUANG ANGKASA
BEBAS MEMILIH UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA
ADAKAH KERANA AKU TERLALU INGIN
MENJAGA HATI MANUSIA LAIN
MEMIKIRKAN KEPENTINGAN LAIN
MENGUTAMAKAN KEBAHAGIAAN MANUSIA LAIN
SEDANGKAN KEBAHAGIAAN AKU
AKU ABAIKAN
AKU LONTAR KE TEPI
AKU MASIH MENCARI
HALA TUJU KEHIDUPAN YANG AKU INGINKAN
BUKAN MEREKA INGINKAN
ADAKAH AKU MAMPU MENIKMATI KEHIDUPAN YANG AKU SENDIRI TENTUKAN???
0 what others might think:
Catat Ulasan