Ahad, 8 Januari 2012

2011 Yang penuh Dengan Cerita...

Lambat pula aku buat entry pasal 2011 ni kan.... Rasa tak ada mood nak menaip sebenarnya...
Anyway, kita teruskan dengan ringkasan 2011 dalam hidup aku... Bagi aku tahun 2011 ni banyak mengajar aku tentang realiti sebenar kehidupan... Bagaimana kita boleh hanyut dalam dunia mencabar ni kalau kita hilang pedoman hidup.

2011 mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih matang dalam membuat keputusan. Ada kalanya aku membuat keputusan yang terburu-buru sehinggakan ia menjerat diri aku sendiri. Aku jatuh ke dalam jurang yang dalam. Aku stress sehinggakan aku muntah-muntah memikirkan kesan atas perbuatan aku sendiri. Mujur aku ada rkan-rakan yang boleh aku harapkan untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kesedihan aku. mereka adalah sahabat sejati ku. Mereka mampu melihat airmata yang mengalir, walaupun aku cuba sembunyikan ia dengan mengukir senyuman di bibir.

2011 mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam memilih sahabat, terutamanya LELAKI. Maaf yer kaum Adam, aku tahu tidak semua lelaki itu sama. Aku tujukan kepada lelaki yang terasa dirinya berperwatakan sebegitu rupa. Hanya satu nasihat aku pada kaum lelaki yang suka mempermainkan perasaan Hawa... Ingatlah, wanita itu bukan barang mainan yang kau ambil tika kau perlukan hiburan dan kau campak bila ia sudah rosak. Hati wanita itu bulan berlian yang tak bisa pecah walau di hempap denan batu berat, tetapi hati wanita itu umpama kaca yang mudah retak dan pecah jika kau salah letak.

Apa-apa pun, 2011 aku berakhir dengan memori yang indah bersama keluarga. Keluarga adalah harta paling bernilai dalam hidup kita. Sebanyak mana rakan yang kita punya, namun jika satu hari nanti kita di timpa musibah, keluarga alah yang pertama menghulurkan bantuan kepada kita. Ini adalah fakta yang kita tak boleh persoalkan. Keluarga kita mengenali kita LEBIH dari orang lain... Baca mesej di bawah, kerana ia mampu membuka mata anda seperti mana ia membuka mata saya tentang kasih keluarga.
Pesanan buat anak2..Kami (ibubapa) tidak pernah membezakn kasih sayang,teguran n keperihatinan terhadap kamu.. WALAU SIAPA PUN BIN & BINTINYA. Cuma kdg2, terdapat anak2 ni yg SUKAR DIDEKATI,SELESA DLM ZON SENDIRI. Ketahuilah, ketika exam,seluruh keluaga ini & ibubapa mndoakan yg terbaik utk pendidikan & kejayaan kamu. Kerana, mereka2 ini tahu,pndidikan itu penting dlm hidup. Oleh itu perlu kamu ingat, SEBESAR MANAPUN SAIZ IJAZAH KAMU(kelak) PASTI TIDAK DAPAT MENGKAFANKAN KEPALA KAMU,SEHEBAT MANAPUN JAWATAN DISANDANG (kelak) PASTI TIDAK DAPAT MENYEDEKAHKAN FATIHAH & YASIN BUAT KAMU. Dan ingatlah slalu, JANGAN MEMPERLEKEHKAN ORANG YANG TIDAK SETARAF PENDIDIKAN DENGAN KAMU,karna mungkin kejayaan kamu itu trhasil berkat doa orang2 yang kamu prlekehkan.


Mesej ini mungkin nampak ringkas, tetapi ia di penuhi dengan teguran ikhlas seorang ayah kepada anak-anaknya.

p/s: 2012 adalah tahun akhir aku bergelar pelajar yang mengambil degree.... ^_^

0 what others might think: