Selasa, 17 Januari 2012

What Hurts the MOST..!!


Ingat tak lagi pada lagu Rascal Flatts.. What Hurts the Most.... Well entry kali ni tak ada kena mengena dengan lirik lagu tu...tapi bersangkut paut dengan judul lagu...


Apa perkara yang paling menyakitkan bagi korang? Mesti macam-macam jawapan kan... Bagi aku pula, what hurts the most is being so close but I still can't meet the person that I really want too..

Yang paling menyakitkan juga ialah apabila seseorang yang membuat janji tu memungkiri janji without any explaination......

no more word'
Nazwa J


Cara Meluahkan Perasaan...


Perasaan ni ada macam-macam perisa.. Tak semestinya CINTA jer kan... So ari ni aku nak bagi tips meluahkan perasaan anda semua.. Aku yakin ada orang dh praktiskan sesetengah cara yang akan aku kongsikan ni... hehe


Apa yang korang buat kalau korang rasa gembira? Aku ada cara nak luahkan kegembiraan.

1. Baring atas katil, peluk bantal pastu korang berangan atau senyum sorang-sorang sambil menghadap dinding. Mungkin ada orang yang akan cakap cara ni macam orang sewel jer kan.. Tapi, it works sometimes for those yang tak ada kawan nak kongsikan perasaan gembira korang..

2. Yang ni aku percaya ramai yang buat.. Bukan beribu tapi berjuta manusia guna kaedah ni iaitu " UPDATE STATUS KAT FACEBOOK"... korang taip jer "AKU GEMBIRA HARI INI" mesti ramai kawan-kawan yang komen pastu nak tau kenapa korang gembira.

3. Korang ambik video korang menjerit dan ketawa kegembiraan..pastu siap tulis kat kertas untuk buat penonton korang yang korang sedang bergembira dan buka gila...pastu upload kat YouTube.. For sure korang akan jadi popular pas tu...

4. Menjerit dengan kuat.. Yang ni ada 2 cara yang boleh kita guna. Pertama, tutup muka dengan bantal pastu jerit kuat-kuat... Yang kedua pula, naik la bangunan tinggi pastu jerit la kat atas tu... For sure takda sapa tau yang jerit tu adalah korang.


Perasaan kedua ialah perasaan sedih atau kecewa.... Mesti ramai yang lebih expert bab ni kan...

1. Cara pertama ialah melalui laman-laman sosial... Korang tulislah status-status sedih... Tak pun p Google lirik-lirik lagu atau sajak-sajak sedih pastu ambik rangkap yang sesuai dengan situasi korang pastu copy and paste kat status korang. Cara ni paling berkesan...sambil korang menaip tu korang menangis la depan laptop...meratapi nasib diri T_T.....

2. Cara kedua, korang carilah lagu-lagu sedih dalam laptop pastu mainkan... Korang dengar la sambil korang mengimbau kisah sedih korang... Pastu korang nangis la puas2... Bagi yang sedih sebab putus cinta tu, korang imbas la balik kenangan korang dengan dia, tengok gambar-gambar korang, SMS kiriman dari si-X...... Tapi, ada syarat, pas korang nangis-nangis tu, korang kena bertekad utk move on dan takkan menangis lagi...habiskan airmata tu sekali harung jer....

3. Cara ketiga pula.... korang cari la bilik-bilik kosong ker pastu korang nangis la dalam tu puas-puas... Bila rasa dah puas, mata pun dah bengkak... Baru la korang kuar dari bilik tu....

Aku rasa cukup dua perasaan ni dulu la...kang kalau nak bagi semua sekali tak boleh juga.... Apa-apa pun, luahkan perasaan kita, jangan pendam.. Nanti kita jadi GILA...


love,
Nazwa J.

Isnin, 16 Januari 2012

Aku RINDU!!!!!



Aku rindu mereka semua.... Macam budak2 baru masuk asrama plak kan...padahal dah 6 tahun aku melalui hari2 di sini tanpa mereka... Tapi entah kenapa semester akhir ni rindu aku pada mereka membuak-buak.. Mungkin keadaan di sini yang amat meletihkan... Kalau aku letih aku perlukan mereka... To comfort me and listen to me....

Siapa mereka yang aku rindu? Mereka adalah Mami dan Abah aku....

Mami dan Abah yang setia menjadi tulang belakang aku... Yang selalu ada bila aku perlukan seorang kawan, kaunselor.... Yang tak pernah menghampakan kemahuan aku... Walau kadang-kadang perangai aku menyakitkan hati, tetapi mereka tak pernah letih melayang perangai anak sulung mereka ni. Setiap kemahuan aku mahu mereka tunaikan walaupun kadang-kadang ia menyusahkan mereka.



Antara mereka yang juga aku rindu ialah adik-adik aku... E-lul, Yunie dan Alil

Gambar E-lul xda hehehe... Adik-adik yang selalu melayan perangai gila kakak sulung dorg ni... Kadang-kadang aku lebih bersikap kebudak-budakkan dari adik-adik aku... Adik-adik yang selalu menjadi tiang peneguh aku, menjadi penyokong setia aku..

Ya Allah...... Cepatlah masa berlalu... Aku nak balik... Aku nak bersama dengan keluarga aku... Cukuplah 6 tahun ni aku terpaksa berjauhan dengan mereka semua... Sekarang hampir tiba masanya untuk aku bersama mereka...

I'll do my best for my practicum and go back to Sabah to be with them...

p/s: Keluarga adalah segalanya bagi aku..


Yang merindu,
Nazwa J.



Ahad, 15 Januari 2012

Minggu Ke-2 di Penang...


Hmmmmm...... Minggu kedua sama mcm minggu pertama di penang.... Tapi mungkin terisi sedikit dengan kerja yang di beri pensyarah kot hehehe... Semestinya aku nak ujung minggu ni brlalu dengan sangat perlahan sebab aku nak masa rehat lebih hehe....


Dengan berakhirnya ujung minggu ini, maka secara tidak langsung semakin dekatlah tarikh yang amat mendebarkan bagi aku dan rakan-rakan Pelajar Guru( gelaran yang pensyarah kami gunakan) yang lain...

Kenapa??? sebab kami akan menjalani

PRAKTIKUM

Cuak beb....seyes cuak giler..... Cuak sebab kena p sekolah pastu ngajar budak2 yang real... Kalau selama ni micro teaching kawan2 yang jadi murid...kali ni aku kena berhadapan dengan "The Real Students". Tingkah laku mereka sukar di kawal dan tak boleh do predict...huhu....

Cuak juga sebab akan ada guru pembimbing dan pensyarah penasihat yang akan observe masa aku mengajar... huhu... Risaunya....

Di mana aku praktikum?? Yang tu biarlah rahsia kot.... Aku tak nak la di ganggu oleh manusia yang dah lama cari peluang nak jumpa aku face to face tu....hmm.. Sebabnya, hal aku dan dia tu hal tahun lepas...dan bagi aku, hal tahun lepas tu biar tinggal kat situ...tok sah nak bawa p tahun ni plak...

Lagipun... Sebagai orang yang dewasa atau berusia, kita sepatutnya berfikir dan bertindak sesuai dengan usia kita kan... hehehe....

Ok lah kawan-kawan semua...semoga hari yang mendatang ni korg tempuhi dengan ceria ok...

p/s:

Jumaat, 13 Januari 2012

Pandangan Masyarakat Pasal KAWIN

LUMRAH MASYARAKAT KITER :


» » KAHWIN HANTARAN MAHAL « «

••► ish..mahalnya?nak jual anak apa?


» » KAHWIN HANTARAN MURAH « «

••► ish..murahnya hantaran,mesti pihak laki orang miskin sebab tu dia letak hantaran

murah ja..


» » KAHWIN UMUR MUDA « «

••► ish..muda-muda dah kawin,ni mesti ade buat benda tak baik ni..entah-ntah dah

mengandung..


» » KAHWIN UMUR LAMBAT « «

••► ish..dah tua baru nak kawen,tu la muda-muda tak nak kawen..org da beranak-

pinak dia bru nak kawen..tak laku kot..


» » KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL « «

••► ish..ni kawen ke ape?kedekutnya,makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah

besar sikit..


» » KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR « «

••► ish..besarnye majlis,kalah anak Datuk..nak berlagaklah tu,macam anak die je nak

kawin kat dunia ni..



Susah juga nak hidup dalam masyarakat mcm ni kan...semua serba tak kena...hmm

Khamis, 12 Januari 2012

Suara Sang Dewi

Bumi itu basah lagi
Di hujani airmata Sang Dewi
Meratap....Merayu...agar dia kembali
Demi menunaikan ikatan janji

Camar bertanya pada Sang Dewi..
Apa istimewanya orang yang di nanti
Mengapa sanggup Sang Dewi menanti

Sang Dewi menjawab persoalan di beri..
"perasan itu terlalu misteri untuk ku ulas
kata tak mampu mentafsir
kesaktian perasaan ini lebih ku rasa
saat dia berdiri di hadapanku"

"Perasaan gembira yang terlalu,
sedih yang teramat,
atau rindu yang melampau
saat itu ku rasa ku tak berpijak di dunia yang nyata
aku melayang di dalam sebuah taman yang penuh bunga"


Isnin, 9 Januari 2012

Aku Ingin Setia...

Aku tak mampu menyakitimu
Aku tak sanggup untuk menduakanmu

Aku tak mampu menyakitimu
Aku tak sanggup untuk menduakanmu

Ku tak mungkin mencintaimu
Karena hatiku telah dimiliki dia
Kau tak mungkin memiliki ku sepenuh hati
Aku hanya ingin setia

Aku hargai ketulusanmu
Untuk cintamu tapi ku milik dia

Ku tak mungkin mencintaimu
Karena hatiku telah dimiliki dia
Kau tak mungkin memiliki ku sepenuh hati
Aku hanya ingin setia

Ku tak mungkin mencintaimu
Karena hatiku telah dimiliki dia
Kau tak mungkin memiliki ku sepenuh hati
Aku hanya ingin setia

http://hotliriklagu.com
Ku tak mungkin mencintaimu
Karena hatiku telah dimiliki dia
Kau tak mungkin memiliki ku sepenuh hati
Aku hanya ingin setia
Aku hanya ingin setia

Ahad, 8 Januari 2012

2011 Yang penuh Dengan Cerita...

Lambat pula aku buat entry pasal 2011 ni kan.... Rasa tak ada mood nak menaip sebenarnya...
Anyway, kita teruskan dengan ringkasan 2011 dalam hidup aku... Bagi aku tahun 2011 ni banyak mengajar aku tentang realiti sebenar kehidupan... Bagaimana kita boleh hanyut dalam dunia mencabar ni kalau kita hilang pedoman hidup.

2011 mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih matang dalam membuat keputusan. Ada kalanya aku membuat keputusan yang terburu-buru sehinggakan ia menjerat diri aku sendiri. Aku jatuh ke dalam jurang yang dalam. Aku stress sehinggakan aku muntah-muntah memikirkan kesan atas perbuatan aku sendiri. Mujur aku ada rkan-rakan yang boleh aku harapkan untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kesedihan aku. mereka adalah sahabat sejati ku. Mereka mampu melihat airmata yang mengalir, walaupun aku cuba sembunyikan ia dengan mengukir senyuman di bibir.

2011 mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam memilih sahabat, terutamanya LELAKI. Maaf yer kaum Adam, aku tahu tidak semua lelaki itu sama. Aku tujukan kepada lelaki yang terasa dirinya berperwatakan sebegitu rupa. Hanya satu nasihat aku pada kaum lelaki yang suka mempermainkan perasaan Hawa... Ingatlah, wanita itu bukan barang mainan yang kau ambil tika kau perlukan hiburan dan kau campak bila ia sudah rosak. Hati wanita itu bulan berlian yang tak bisa pecah walau di hempap denan batu berat, tetapi hati wanita itu umpama kaca yang mudah retak dan pecah jika kau salah letak.

Apa-apa pun, 2011 aku berakhir dengan memori yang indah bersama keluarga. Keluarga adalah harta paling bernilai dalam hidup kita. Sebanyak mana rakan yang kita punya, namun jika satu hari nanti kita di timpa musibah, keluarga alah yang pertama menghulurkan bantuan kepada kita. Ini adalah fakta yang kita tak boleh persoalkan. Keluarga kita mengenali kita LEBIH dari orang lain... Baca mesej di bawah, kerana ia mampu membuka mata anda seperti mana ia membuka mata saya tentang kasih keluarga.
Pesanan buat anak2..Kami (ibubapa) tidak pernah membezakn kasih sayang,teguran n keperihatinan terhadap kamu.. WALAU SIAPA PUN BIN & BINTINYA. Cuma kdg2, terdapat anak2 ni yg SUKAR DIDEKATI,SELESA DLM ZON SENDIRI. Ketahuilah, ketika exam,seluruh keluaga ini & ibubapa mndoakan yg terbaik utk pendidikan & kejayaan kamu. Kerana, mereka2 ini tahu,pndidikan itu penting dlm hidup. Oleh itu perlu kamu ingat, SEBESAR MANAPUN SAIZ IJAZAH KAMU(kelak) PASTI TIDAK DAPAT MENGKAFANKAN KEPALA KAMU,SEHEBAT MANAPUN JAWATAN DISANDANG (kelak) PASTI TIDAK DAPAT MENYEDEKAHKAN FATIHAH & YASIN BUAT KAMU. Dan ingatlah slalu, JANGAN MEMPERLEKEHKAN ORANG YANG TIDAK SETARAF PENDIDIKAN DENGAN KAMU,karna mungkin kejayaan kamu itu trhasil berkat doa orang2 yang kamu prlekehkan.


Mesej ini mungkin nampak ringkas, tetapi ia di penuhi dengan teguran ikhlas seorang ayah kepada anak-anaknya.

p/s: 2012 adalah tahun akhir aku bergelar pelajar yang mengambil degree.... ^_^