Ahad, 30 Disember 2012

PeSan Bagi Rakan-Rakan Muslim Dari Semenanjung...

Baru-baru ni Wawa p Kundasang...ada trip free dgn makcik hehehe.... sejuk kooo kat sana....
bukan trip ni yang wawa nak cetakan kat sini... wawa nak ceta pasal satu makanan yang tidak halal untuk kita makan bagi seorang muslim...

ia adalah

SINALAU BAKAS...

atau

dalam bahasa melayunya

DAGING KHINZIR BAKAR.

just nak kongsi dan bagitau rakan-rakan, kalau jalan-jalan p sabah ni, jangan la beli benda ni yer... dorang jual kat tepi-tepi jalan. Wawa buat entry ni sebab ada peristiwa di mana ada pelancong dari luar Sabah terbeli benda ni dan ada yang termakan kerana menyangka ia adalah daging salai biasa dan bukan Bab*....

Cinta Terpendam part 2

Sedih apabila insan yang di sayang rupanya milik orang, Hasya meneruskan hidup seperti biasa. Terus mengukir senyuman walau hatinya retak seribu. Hasya cuba menerima kehadiran insan lain namun ia masih tak mampu melupakan Hazim. Cintanya pada Hazim tetap utuh.

Hasya cuba lari dari Hazim. Hasya menukar nombor telefon bagi mengelakkan Hazim untuk menghubunginya. Namun setiap hari hatinya meronta untuk bertanyakan khabar Hazim. "Sihatkah dia? Bahagiakah dia? Bagaimana agaknya dia sekarang?" Hasya ingin tahu segala-galanya...

"Dia milik orang" bentak hatinya. Dia tidak mahu di gelar perosak hubungan. Hinggalah pada satu hari, setelah 3 tahun berlalu, Hasya nekad untuk tidak mengikuti perkembangan Hazim. Hanya setelah 3 tahun hatinya menangis setiap hari setiap kali membuka Facebook Hazim, Hasya nekad untuk berhenti. Berhenti untuk melihat Facebook Hazim dan pasangannya. "Cukup setakat ini Hasya" bisik hatinya. "Biarlah aku hanya menyintai dia dalam diam. Cukup hanya aku dan Allah yang tahu perasaanku padanya"

Hasya melalui hari-harinya seperti biasa. Sehinggalah pada suatu hari, Hazim menghantar pesanan di Facebook mengucapkan Selamat Hari Raya.... Gerak hati Hasya ingin menghubungi Hazim. Hasya memberikan no telefonnya pada Hazim. Sejak hari itu mereka mula berhubung semula.

Saling berbalas pesanan ringkas, perasaan cinta pada Hazim mekar kembali. Namun Hasya pendamkan kerana mengingatkan Hazim adalah milik orang. Walau bukan bergelar kekasih, cukup sebagai kawan sudah membahagiakan.

Sehinggalah pada satu hari Hasya menerima pesanan ringkas dari Hazim

"Hasya....jom kawen"
"Hah? Hazim serius ker ni"
"Yer... Hazim serius"
..............................................

Bersambung.................

Cinta Terpendam

Empat tahun lalu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Hasya tidak menyangka perkenalannya dengan jejaka bernama Hazim akan membuahkan perasaan sayang dan cinta pada lelaki itu. Perkenalan diatas dasar kawan itu memberikan Hasya peluang mengenali Hazim dengan lebih dekat. Jejaka perahsia itu menyimpan terlalu banyak rahsia sehinggakan Hasya sukar meneka setiap perkara tentang dirinya.

Hasya senang dengan kehadiran Hazim dalam hidupnya. Kini dia punya teman yang sentiasa mendengar setiap keluhannya. Teman yang hadir tika suka dan duka. Dalam diam perasaan sayang mula timbul di dalam hatinya buat Hazim.

Hasya ingin meluahkan perasaannya, tetapi takut di gelar perigi mencari timba. Pelbagai persoalan timbul di benak hatinya. "Bagaimana kalau dia sudah berpunya?", "Bagaimana kalau dia hanya menganggap aku sebagai seorang kawan dan tidak lebih dari itu?". Hasya terperangkap dalam persoalan yang membelenggu.

Hasya selalu memerhatikan Facebook milik Hazim. Kala rindu mendatang, cukup dengan melihat gambar Hazim sudah cukup untuk mengubati rindunya pada jejaka itu. Senyuman terukir setiap kali menerima ucapan "Hai" dari Hazim melalui aplikasi Chatting di Facebook.

Perasaan indah itu berterusan. " Aku bahagia menyintaimu dalam diam" bisik hati Hasya. Sehinggalah pada suatu hari, senyuman itu di ragut apabila Hazim memuat naik gambar seorang wanita yang ternyata adalah kekasih hati Hazim. Sedih.....terlalu sedih hati Hasya. Jejaka yang di puja selama ini rupanya telah berpunya. Airmata menitis namun hatinya mendoakan yang terbaik bagi Hazim.
"Ya Allah, Kau bahagiakan dia. Andai wanita itu mampu membahagiakan dia, aku redha."


Hasya meluahkan isi hatinya pada abangnya. Betapa hatinya hancur melihat kebenaran di depan mata.
"Adik, kalau adik benar-benar cinta dan sayangkan dia, doakan kebahagiaan dia. Mungkin sudah tertulis dia bukan untukmu. Luahkan perasaan sedih pada Allah...minta Dia berikan kekuatan pada hati untuk menerima ketentuan itu"

Walau hatinya sedih, walau cinta hatinya milik wanita lain, Hasya tetap tabah. Cuba untuk menerima kebenaran. Namun Hasya tidak pernah mencuba untuk membunuh rasa cintanya pada Hazim. Baginya, biarlah dia menyintai Hazim dalam diam. Walaupun dia tahu, itu akan menambah luka hatinya.

Melihat betapa gembira Hazim dan pasangannya setiap hari melalui laman Facebook sudah cukup menyiksa jiwa Hasya. Setiap hari Hasya menangis dan merindu.

"Adik, cukuplah. Sampai bila nak siksa hati tu. Adik lupakan dia. Buatlah apa yang patut untuk lupakan dia"
Seorang abang yang tak tahan melihat penderitaan Hasya menasihatinya untuk melupakan Hazim..

Bukan mudah melupakan insan yang kita sayang..........

Bersambung............

Rabu, 5 Disember 2012

Hati Ini Menderita...


Bismillahirrahmanirrahim.....

Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. 


Hati...tidak siapa tahu. 
Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. 
Kepada yang Haq ia berbicara. 
Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. 
Bicara pada manusia juga tidak mengurang resah.


HIDUP ini adalah suatu perjalanan. 
Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... 
Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. 
Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. 
Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. 
Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. 
Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. 
Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.

~~Wordless Wednesday~~!!


Sabtu, 27 Oktober 2012

Terima Kasih


Rabu, 22 Ogos 2012

Puasku Mencuba........



Puas sudah ku mencuba
Menyakinkan dirimu kasih
Dan ku cuba meleraikan
Kekusutan tersimpul
Namun apa daya...

Puas sudah ku mencuba
Turuti rentak dirimu sayang
Agar tiada tercetus sengketa
Di antara kita untuk selamanya

Engkau sering menduga hati ini
Menggugat kesabaranku
Namun tak pernah aku tunjukkan
Keresahan diwajahku...

Sampai disini saja sayang
Mampu ku pertahankannya
Kerna aku jua insan
Yang perlukan perhatian

Jangan kau sesali lagi
Atau menyalahkan takdir
Lihat pada diri
Di manakah kesilapanmu kasih
Menilai ketulusan


P/S: lirik lagu Spin....

Jumaat, 20 Julai 2012

Alhamdulillah Ya Allah.....



Alhamdulillah Ya Allah
Sekali lagi Kau temukan dengan RamadanMu
Jika selama ini Ramadan aku sambut berseorangan tanpa keluarga
Hanya berteman rakan-rakan seperjuangan
Tapi Ramadan tahun ini aku berpeluang menyambutnya bersama seluruh ahli keluargaku

Setelah 6 tahun kami berjauhan setiap kali Ramadan
Kali ini Kau satukan kami kembali...

Ya Allah,
Jika ini Ramadan ku yang terakhir
Kau kuatkanlah aku untuk mengharungi Ramadan ini
Kau tetapkanlah hati ku agar hati ini sentiasa ingin bermunajat denganMu
Lembutkanlah hati ku agar aku sentiasa beramal di bulam mulia ini

Ya Allah,
Berkatilah Ramadan kami....




Rabu, 18 Julai 2012

Bayar Hutang tu WAJIB!!!!!

Dari Abi Hurairah r,a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa berbuat zhalim kepada saudaranya yang seiman dari hartanya atau sebagian dari itu, maka hendaklah ia menyelesaikannya pada hari ini (di dunia) sebelum datang hari dimana dinar dan dirham tidak memberi manfaat apa-apa. Bila ia mempunyai amal soleh maka amal tersebut diberikan kepada saudaranya yang dizaliminya. Namun jika ia tidak memiliki amal soleh maka dosa yang dizaliminya, ditimpakan kepadanya."
(H.R Bukhari - Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud)


Membayar hutang kepada orang yang kita minta hutang tu kan wajib. Tapi kenapa bila dah di minta kita seperti mengelak. Tak mau membayar hutang. Tapi tak apa. Dunia ni BULAT.

Tak halal setiap sen duit mereka selagi hutang mereka belum dilangsaikan. Orang pun nak guna duit jugak. Dah minta cara elok pun boleh buat tak tahu jer. buat bodoh jer.

Tapi tak pe lah. Tak halal duit yang di pinjam tu....

Jahat sangat ker macam tu hmmmm....

Sabtu, 14 Julai 2012

Mencintai Insan berpaksikan Cinta Allah....

Lelaki Yang BAIK adalah lelaki yang PALING BAIK terhadap isterinya...
Siapa yang tak nak seorang suami yang baik kan
Suami yang menjaga kebajikan kita
Suami yang tahu melayan kehendak kita
Suami yang sentiasa meluahkan dan mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada kita....

cakap pasal meluah dan mengungkapkan rasa sayang.......
sebenarnya ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk meluahkan rasa cinta dan sayang pada seseorang
terbaca di dalam sebuah buku
tentang bagaimana seorang suami yang sederhana
yang hanya mampu menyediakan keperluan asas yang sederhana kepada isterinya
keluarga ini sering di pandang serong kerana kemiskinan mereka
si isteri di pinggirkan oleh rakan-rakannya kerana
TIDAK SETANDING DENGAN MEREKA

namun keluarga ini tetap bahagia
pasangan suami isteri ini sentiasa gembira
pada suatu hari, seorang rakan terserempak dengan si isteri
lalu si isteri mengajak rakannya singgah ke rumah
sedang asyik berborak, si rakan terlihat sebuah album gambar
lalu di ambil olehnya dan album tersebut di buka

di dalam album itu di penuhi dengan kad kecil dan kepingan-kepingan kertas yang tertulis ucapan yang sama di setiap kad
lalu si rakan bertanya kepada si isteri tentang kad-kad dan kepingan kertas kecil tersebut
dengan lemah lembut si isteri berkata

"Itu adalah KUNCI kebahagiaan keluarga kami"

Setiap hari, sebelum si suami keluar rumah, dia akan menulis ucapan dan meninggalkan kad atau kertas diatas katil mereka.
ucapan yang di tulis pula sama sahaja iaitu

"Terima kasih kerana masih menjadi isteri abang. Abang sayang dan cintakan Sayang kerana Allah."

hanya dengan sekeping kertas dan kad dan dua baris ayat menjadi peneguh ikatan kasih pasangan suami isteri ini...

Ya Allah..... indahnya ikatan perkahwinan yang menjadikan Islam sebagai asas perhubungan.
Indahnya Cinta antara dua insan yang menjadikan Cinta Allah sebagai paksi..

Selasa, 10 Julai 2012

SAYAP TERLUKA...


DALAM KERIBUAN HEMBUSAN BELIUNG
TERBANGLAH AKU SANG CAMAR HINA
MENCARI SINGGAHAN ANDAINYA KAU SUDI
MENGHAMPAR KASIH DI PANTAI HATI

SELAMA KU PUJA KINI JADI NYATA
SAYANG HANYA UNTUK SEKETIKA
SAYAPKU TERLUKA DI TIMPA BENCANA
AKHIRNYA KINI AKU SENDIRI YANG SENGSARA

KU TAHU DIRI INI
BAGAI MENGAPAI BINTANG DILANGIT
TERSINGKIR JATUH TIADA PERNAH KAU PEDULI

RAPUHNYA CINTA KITA
PATAH TEKULAI DI RANTING HAMPA
PEDIH TERLUKA TIADA SIAPA YANG ENDAHKAN

BIAR DERITA
BIAR SENGSARA
AKU RELA MENJADI MANGSAMU

AKAN KU SIMPAN DI NURANI INI
KENANGAN ANTARA KITA

KINI TERBUKTILAH CINTA DAN KASIHKU
UMPAMA PUNGGUK MERINDU BULAN
TAK MUNGKIN TERCAPAI HASRAT HATI INI
BIARPUN HARUS KU TUNGGU SERIBU TAHUN LAGI...

p/s: menangis dalam diam adalah lebih baik.....

Khamis, 5 Julai 2012

MenCaRi..


AKU MASIH MENCARI-CARI
SIAPA AKU YANG SEBENAR
AKU KELIRU DALAM REALITI ALAM
YANG KU RASA TERLALU KEJAM
DAN MENYEKSAKAN

AKU MASIH MENCARI-CARI
PUNCA MENGAPA AKU TAK SEPERTI MEREKA
BERTERBANGAN BEBAS DI RUANG ANGKASA
BEBAS MEMILIH UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA

ADAKAH KERANA AKU TERLALU INGIN
MENJAGA HATI MANUSIA LAIN
MEMIKIRKAN KEPENTINGAN LAIN
MENGUTAMAKAN KEBAHAGIAAN MANUSIA LAIN
SEDANGKAN KEBAHAGIAAN AKU
AKU ABAIKAN
AKU LONTAR KE TEPI

AKU MASIH MENCARI
HALA TUJU KEHIDUPAN YANG AKU INGINKAN
BUKAN MEREKA INGINKAN

ADAKAH AKU MAMPU MENIKMATI KEHIDUPAN YANG AKU SENDIRI TENTUKAN???

Khamis, 24 Mei 2012

Kepingan-kepingan Hati...... aku tahu kamu kuat...

Teruslah melangkah, di hujung jalan pasti ada sinar.


Dalam meniti laluan kehidupan,
Adakala kaki tersadung pada akar-akar banir yang besar dan berselirat,
Dek kerana jauhnya mata memandang ke hadapan,
Atau pekatnya malam yang tidak bercahaya.

Tapi jatuh sekali bukan bermakna selamanya akan duduk mengaduh,
Menyesali keterlekaan,
Mengubati luka di kaki.

Jatuh dan bangunlah.
Teruslah memandang ke hadapan,
Dan teruslah melangkah sekalipun disakiti onak dan duri,
Sekalipun terpaksa meniti laluan sempit bersendiri,
Melalui hutan belukar yang penuh merabahaya tersembunyi,
Sekalipun terpaksa meniti batuan licin yang memungkinkan jatuh lagi.

Kerana tiada siapa tahu apa yang ada di hadapan.

Kerana sekalipun sepanjang jalan itu berliku,
Melelah dan meresahkan,
Di hujung jalan pasti ada sinar,
Di hujung penantian pasti ada bahagia.

Kalau tak nampak di dunia,
Di syurga Allah nanti pasti,
Insya-Allah.


Ini adalah tulisan dari blog adik Noor Victory..

Perjalanan Kami Masih Jauh......


Perjalanan kami masih jauh
Terlalu banyak dugaan yang menanti kami di hadapan
Terlalu banyak cubaan yang akan cuba menggagalkan
Mereka akan cuba meruntuhkan

Syaitan akan terus menyesatkan
Iman terus di duga ketahanannya

Pertengkaran akan terus berlaku
Perdebatan akan terus terjadi

Walau perjalanan ini masih jauh
Walau aku akan terluka berjuta kali
Aku akan tetap setia disini
Menjadi pencinta yang akan terus mempertahankan cinta

Kerana aku hanya ada
1 jasad
1 nyawa
1 cinta




Isnin, 21 Mei 2012

Ya Allah...Tabahkan dia...



Sedih...menitis airmata tika dia menceritakan dugaan yang datang kepadanya
Ketika dia meluahkan apa yang telah dilakukan kepadanya
Kerana aku tidak mampu berbuat apa
Melainkan berdoa agar Allah kuatkan dia

Rasa ingin menggantikan tempatnya
Sudah cukup besar dugaan yang dia terima
Dugaan yang dia galas seorang diri
Aku ingin mengambil alih
Agar dia bisa berehat dari semua masalah seketika

Ya Allah.....
Berikan aku sedikit kesusahan yang kau beri padanya
Aku tak ingin melihat dia tersiksa lagi
Aku ingin melihat senyumannya Ya Allah
Senyuman yang telah lama hilang dari bibirnya

Ya Allah
Kurangkan penderitaannya...
Gantikan dengan aku....
Aku rasa berdosa bila tak mampu berbuat apa untuknya....
Ampunkan aku Ya Allah...



Sabtu, 19 Mei 2012

Mengerti aku....Aku rindu...


Kerinduan yang menyapa
Pada hari yang mendung cuacanya
Matahari seakan segan untuk tampilkan diri
Mungkin mengerti isi hati

Kerinduan yang hadir hari ini
Membawa bersamanya banyak erti
Membawa airmata yang lama tersimpan
Tanpa sedar ia menjadi beban

Wahai hati pemilik cinta
Wahai mata yang menceritakan segalanya
Luahkan isi hati yang lama terpendam
Jangan biarkan ia lama berdiam

Katakan pada bulan
Minta bulan sampaikan pada bintang
Harap bintang akan sampaikan
Padanya pemilik rinduku

Katakan padanya
Aku rindu akan dia
Ingin aku berada di sisinya
Menemani dirinya...

Love,
Nazwa@wawa









Jumaat, 18 Mei 2012

You are beautiful inside out...


How great is it when someone loves you because you are beautiful
Not you face or your body
But because of your attitude and your behavior.

I've seen lots of couples
Proud of their partners' beautiful figure and face
But in the end, they end up with nothing

To love and to be loved is not as simple as we all thought
We need to sacrifice lots of things....
Once you said "I LOVE YOU" to someone
You must be able to carry the responsibilities of being someone's partner
You are now belong to each other
Protect each other is a must

Beautiful inside out
That is the quality that we need to have
You can perform plastic surgery if you want you face to be beautiful
And it is a FAKE beauty

Only the sincere one can see
How beautiful you are
INSIDE and OUTSIDE.

Isnin, 30 April 2012

Having fun while teaching them... ^_^

Memandangkan minggu ni minggu terakhir kat sekolah praktikum ni.. wawa pun decide nak buat fruit salad
kena pulak dengan tajuk yang dorg tengah belajar "Glorious Food"


Tada! ni la bahan-bahan yang aku  sediakan untuk salad aku hahaha...


ok adik-adik(memandangkan cegu nazwa masih muda hehehehe) bersiap sedia untuk menyusun buah-buahan yer...


tak sabar nak makan la tu kan.....


tunjukkan hasil kreativiti kepada rakan2...



amacam???? kreatif tak budak2 ni??

masa untuk makan....



event hari ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya....
dah letih handle kelas yang tak reti diam tu..
cegu pun nak lepaskan stress jugak
jom kita bergambar hehehehe
hahaha....bajet kiut plak wawa ni kan....

anyway....practicum.. 3 more days to go... 3 more lesson plans to write.... 3 more hours of classes to attend.

Jumaat, 27 April 2012

Minggu-minggu terakhir

Pssssttttt....nak kongsi satu rahsia ni..
Minggu ni minggu ke-9 praktikum....
minggu depan last dah hahaha...
kalau 2 minggu lepas, kena kira hari guna jari kaki dan tangan
minggu ni guna sebelah tangan jer kira
heaven hahahaha
tinggal 4 hari jer lagi
dan
3 lesson plan jer lagi aku kena buat

perasaan gembira semestinya ada ketika menginjak ke hari-hari terakhir praktikum ni
tapi sedih pun ade...
sebabnya
terpaksa tinggalkan pelaja-pelajar aku yang banyak membantu aku untuk menjadi seorang guru yang lebih mementingkan pelajar dalam semua hal...
sedar tak sedar, aku dah mula sayang kat dorang...
sayang sebab dorg adalah pelajar pertama aku
pelajar yang memberi aku sejuta pengalaman yang manis mahupun pahit....

k la....ade kelas pas ni...relieve....

Selasa, 17 April 2012

Mereka Dunia Ku

kami cuma berenam.... enam beranak yang sentiasa ada untuk satu sama lain...
Enam beranak yang sentiasa mahu melakukan aktiviti bersama...

Gambar di bawah ni adik lelaki aku... Yang tak tahu cara nak luahkan betapa dia sayangkan aku
walau pun dia tak pernah luahkan, tapi aku tahu dia sayang aku...
sentiasa ada untuk aku... Bila aku ada masalah, ada untuk membantu
Adik ini akan aku lindungi, sebagaimana dia melindungi keluarga kami ketika aku tidak bersama mereka...
Adik ini akan ku berikan segala yang aku mampu untuk bantu dia membina masa depan yang dia inginkan...
kakak akan tetap sayang sampai bila2...


seorang lagi adik lelaki aku..... Alil.... Adik manja aku..... Adik yang sentiasa menghalang aku untuk kawin hehehe....
Tak sanggup kehilangan aku kot.... aku melihat dia membesar di depan mata...
Adik ini akan menjadi penolong abangnya bagi menjaga keluarga kami.....
Walaupun di luar dia nampak lemah, tapi aku tahu, adik aku yang sorang ni kuat di dalam...
aku akan berikan yang terbaik untuk adik ini... Perjalanannya masih jauh...


kakak akan selalu sayang Alil, walau kadang akak jarang call Alil...
maaf kadang2 Alil tunggu kakak call sampai tertidur....
Kakak janji tak buat lagi ya... akak tau Alil akan setia tunggu kakak kan....
Macam tu la adik kakak....


Dua orang tulang belakang aku.... Pencorak kehidupan aku...
Orang yang bertanggungjawab keatas semua kejayaan yang aku capai hingga sekarang....
Abah....walau jarang cakap dgn abah, tapi anak ini tak pernah lupakan abah....
Walau jarang ungkapkan "Saya sayang abah", tapi anak ini terlalu sayangkan abah,
Walau jarang cakap dgn abah tiap kali call, tapi setiap kali call mami, soalan pertama yang keluar dari bibir ni adalah "Abah mana mami?"
Anak ini rindu abah.... anak ini tau abah pun rindukan...
Walaupun anak sulung abah ni selalu paksa abah menuruti kemahuan dia, abah tetap sayang kan...
Mami..... saya rindu...... walau selalu call dan dengar suara mami... saya masih rindu...
rindu mau peluk mami bila rasa mau menangis....
rindu pelukan mami...
rindu masakan mami.....
rindu tengok kucing2 kita dengan mami......
mami, saya sayang mami....

abah, mami..... tolong datang sini.... saya betul2 perlukan mami dan abah kang ni
saya betul2 perlukan kehadiran mami dan abah....
abah tolong...bawa mami datang sini jumpa saya...
saya dah putus asa untuk tamatkan perjuangan ni
tolong kuatkan saya mami, abah....
anak sulung mami dan abah ni dah terlalu rapuh untuk berdiri sendiri...
T_T

adik perempuan kakak.... kakak rindu....
walau setiap kali bertemu kita gaduh.... tapi bila jauh kakak rindu....
kakak rindu mau gaduh..... kakak rindu mau berlawan cakap dgn adik kakak ni....
kakak selalu cakap kakak lebih cantik dari adik kan....
tapi kenyataannya...adik kakak ni cantik....
maafkan kakak sebab cakap macam tu....




rindu...rindu...rindu......

Khamis, 29 Mac 2012

Janji Seorang Kekasih


Berjanji
Hanya itu yang ku mampu
Berjanji untuk tidak mengulangi
Berjanji untuk terus mencintai
Hanya seorang kekasih

Penyesalan yang ku rasa
Membuat aku tak daya
Menahan rindu di jiwa

Kekasih..
Andai kau mahu aku mendaki ke puncak tertinggi
Menyelam ke jurang terdalam
Akan ku lakukan
Demi kamu
Agar kamu tahu
Keikhlasanku menyintaimu
Bukan mainan yang ku reka

Jumaat, 23 Mac 2012

Our Heart Become One..... One Month...


Sebulan masa berlalu
Sudah banyak yang kami lalui bersama
Walau tak bersua selalu
Namun tetap bersatu ikatan jiwa

Badai dan taufan tetap melanda
Laut mana tak bergelora
Pandai mana tak di hempas ombak
Namun ikatan itu tak pernah terlurut
Walau dugaan datang berturut

Insan ketiga sentiasa ada
Ingin menggugat ikatan yang kami bina
Kadang hati rasa curiga
Namun keyakinan cinta menyelamatkan segalanya

Aku hanya penyair cinta
Yang tak tahu bermain kata
Cuba mencari kata terbaik
Bagi mentafsir keinginan hati
Menyampaikan suara hati agar di dengari

Cuma satu yang aku pasti
Hati ini miliknya abadi
Sejak kali pertama ikatan bersemi
Pertama kali hati di beri

Ku yakin kini
Dia adalah Adam yang Allah beri
Sebagai teman setia hidupku
Menjadi ketua ruma tanggaku
Imam solatku dan anak-anak kami.....

Abang....
Tetap berbunga mekar hati ini
Berdiri teguh aku di sisimu
Tak kan berganjak walau seinci

"I Love You"
"I Miss You"
"I Need You"
Perkataan ini akan tetap menjadi milikmu....


Love,
Nazwa Jaafar @ Wawa

Minggu Ke-4 Praktikum... dan Aku Semakin Bersedia...


Minggu ni minggu ke 4 praktikum...dah nak habis pun... maknanya ada lagi 5 minggu untuk habiskan praktikum yang sangat...sangat..wawa ulang lagi sekali SANGAT mencabar........

kalau sebelum ni p sekolah sat2 ja...kang ni kena p sekolah tiap2 hari...kena masuk kelas tiap2 hari dan kena berdepan dengan pelajar2 tiap2 hari...


sebelum ni jarang wat entry pasal praktikum sebab tak da mood nak menaip pasal benda ni... tiap kali fikir pasal perkataan PRAKTIKUM ni jer... otak jadi menggelegak... mata merah...rambut jadi serabut... rupaku wang kiut ini berubah menjadi sejibik mcm hantu KAK LIMAH
aaaaarrrggghhhh!!!!! tidak..... tak sanggup nak bayangkan rupa wawa jadi mcm ni.... STRESS!!!

walaupun tempoh praktikum ni satu tempoh yang memberi tekanan kat wawa dan rakan2...tapi ada jugak plus point praktikum ni...

rasa terhibur bila tgk gelagat budak2 kat sekolah ni... yang ni je la hiburan yang kami ada....

rasanya....menginjak ke minggu yang ke 5 ni... wawa semakin bersedia untuk melakukan yang terbaik bagi praktikum ni...

wish me luck k...

Isnin, 19 Mac 2012

RINDU....CINTA....SAYANG...DAN ..KASIH... Kini semua miliknya


Rindu itu bertamu lagi
Setelah lama ia pergi
Cinta itu hadirkan diri
Setelah hati ini di miliki....

Dia bukan Putera Raja
Yang punya kekayaan berjuta
Dia bukan penyair cinta
Yang mampu lahirkan kata
Memukau segenap jiwa

Dia hanya insan biasa
Tapi punya karakter yang berbeza
Dia hanya kekasih biasa
Yang punya cinta tiada tandingnya
Dia hanya Putera Agama
Katanya mampu menggegar dunia

Namanya kini tersemat di hati
Jadi sebutan malam dan pagi
Jadi igauan si Pencinta diri
Menjadi siulan si Penghibur seni

Aku berdoa pada Ilahi
Andai dia jodoh hakiki
Jadikanlah dia pemilik sah hati
Insan ku cinta sehingga mati..

Rabu, 7 Mac 2012

Menjadi guru praktikum....


Memasang impian utk menjadi seorang guru bukanlah sebuah keputusan yang boleh di buat dalam masa 1 mlm...... uru bukanlah sebuah tugas yang mudah utk dilaksanakan..... Namun ia membawa banyak ganjaran di akhirat nanti..... Sepergi kata-kata seorang insan kepada ku... Tugas inu memang tak mudah, tetapi ganjaran pahala yang bakal aku perolehi berlipat kali ganda. Ya Allah..... tabahkan hati hambamu ini.......

Sabtu, 25 Februari 2012

Aku yang kau panggil SAYANG..


Aku Yg Kau Panggil Sayang
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Pernah Meneroka Hati Ini
Detik Kemanisan Pun Berlalu
Kemanakah Janjimu Yg Suci

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Menapak Kehala Persimpangan
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
Bila Kaukan Kembali Lagi

Korus:
Seraut Wajah Sering Ku Usap
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
Ku Digoda Rindu...Oh...

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Mungkin Kali Ini Kehilangan
Berikan Daku Saat Terakhir
Mengusap Muka Mu Oh Sayang


Love,
WAWA

Sabtu, 18 Februari 2012

Pemilik Hatiku..

Malam ni layan jiwang sat..hehe... Masa dok belek2 benda yang ada kt dalam laptop ni tetiba plak wawa terjumpa satu lagu indon... wawa sendiri tak ingat bila wawa doqnload lagu ni... tp lagu ni memang best hehehe... kiranya boleh layan la.. sesuai bai insan-insan yang berjiwa jiwang seperti wawa ni hehehe... tajuk lagu ni "Pemilik Hatiku", Armada.

Apa yang wawa nak tulis ni tak la berkaitan dengan lagu ni tapi ia berkait rapat dgn tajuk lagu ni.
"PEMILIK HATIKU"
Wawa nak tanya korang 1 soalan la kan...

Siapa sebenarnya pemilik mutlak hati kita?
Macam-macam jawapan yang bermain di dalam otak kita kan. Pastinya yang pertama adalah Allah. Dialah pemilik mutlak hati kita. Bukan setakat hati jer tau... semua yang ada pada kita adalah milik Allah.

p/s: Be thankful for what we have...

Kehilangan...

KEHILANGAN....

ketika ia dalam genggaman,
aku tak sedar akan kepentingan
betapa ia berharga,
betapa ia bermakna
kerana ia di depan mata,
ku ambil kehadirannya sambil lewa

memilikinya membuatku bangga
kerana aku punya segalanya
dia memberi perhatian dan rasa sayang
sedang aku lupa membalas rasa yang di curahkan

ketika aku masih mampu menatap wajahnya
aku leka menatap wajah dunia
ketika aku masih mampu mendengar suaranya
aku leka mendengar alunan suara dunia
ketika aku masih mampu berdiri di sebelahnya
aku memilih menjauhinya
ketika aku masih mampu menyentuhnya
aku memilih untuk tak melakukannya

akhirnya.....
aku yang merana
aku yang kecewa
aku yang menyesal

kerana kini....
ku tak lagi mampu menatap wajahnya
ku tak lagi bisa mendengar suaranya
ku tak lagi boleh berdiri di sebelahnya
dan
tangan ini tak lagi mampu menyentuhnya..

kehilangan itu membuatku sedar
menghargai insan yang ku sayang selagi aku mampu
selagi mereka bersamaku
kerana masa tak boleh di ulang semula


p/s: Menghargai setiap insan yang berada bersama kita kerana esok atau lusa, kita tak pasti adakah kita masih mampu bersama.....

Jumaat, 17 Februari 2012

The Beginning of a Life as a Practical Teacher..

How do I want to describe this feeling.. hmmm...

I am SCARED
I am NERVOUS
I am STRESS

I think those three words best describe my feeling right now... I really have no guts to go to school now because I think I am not confident to stand in front of the real PUPILS that wait for me there.

All I need now is someone to tell me that

"EVERYTHING WILL BE OKAY..."
"DON'T WORRY, YOU WILL GET THROUGH THIS"
"RELAX, YOU ARE PREPARE ENOUGH"
"I BELIEVE IN YOU"
"CHILL...ENJOY THE 10 WEEKS TIME"

Ya Allah... Permudahkanlah jalan yang bakal aku lalui...


Jiwa Celaru
Nazwa@wawa