Ahad, 30 Disember 2012

Cinta Terpendam part 2

Sedih apabila insan yang di sayang rupanya milik orang, Hasya meneruskan hidup seperti biasa. Terus mengukir senyuman walau hatinya retak seribu. Hasya cuba menerima kehadiran insan lain namun ia masih tak mampu melupakan Hazim. Cintanya pada Hazim tetap utuh.

Hasya cuba lari dari Hazim. Hasya menukar nombor telefon bagi mengelakkan Hazim untuk menghubunginya. Namun setiap hari hatinya meronta untuk bertanyakan khabar Hazim. "Sihatkah dia? Bahagiakah dia? Bagaimana agaknya dia sekarang?" Hasya ingin tahu segala-galanya...

"Dia milik orang" bentak hatinya. Dia tidak mahu di gelar perosak hubungan. Hinggalah pada satu hari, setelah 3 tahun berlalu, Hasya nekad untuk tidak mengikuti perkembangan Hazim. Hanya setelah 3 tahun hatinya menangis setiap hari setiap kali membuka Facebook Hazim, Hasya nekad untuk berhenti. Berhenti untuk melihat Facebook Hazim dan pasangannya. "Cukup setakat ini Hasya" bisik hatinya. "Biarlah aku hanya menyintai dia dalam diam. Cukup hanya aku dan Allah yang tahu perasaanku padanya"

Hasya melalui hari-harinya seperti biasa. Sehinggalah pada suatu hari, Hazim menghantar pesanan di Facebook mengucapkan Selamat Hari Raya.... Gerak hati Hasya ingin menghubungi Hazim. Hasya memberikan no telefonnya pada Hazim. Sejak hari itu mereka mula berhubung semula.

Saling berbalas pesanan ringkas, perasaan cinta pada Hazim mekar kembali. Namun Hasya pendamkan kerana mengingatkan Hazim adalah milik orang. Walau bukan bergelar kekasih, cukup sebagai kawan sudah membahagiakan.

Sehinggalah pada satu hari Hasya menerima pesanan ringkas dari Hazim

"Hasya....jom kawen"
"Hah? Hazim serius ker ni"
"Yer... Hazim serius"
..............................................

Bersambung.................

0 what others might think: