Khamis, 17 Mac 2011

KISAH SEDIHKU



Klik banner untuk dapatkan maklumat pasal contest ni.



DIA INSAN YANG ISTIMEWA DALAM HIDUP AKU.





kisah ini berlaku 2 tahun lepas. Kisah yang meragut senyuman semua ahli keluargaku. Aku mulakan dengan kisah seorang insan istimewa di mata kami. Datuk aku, arwah Haji Juarah.



aku merupakan anak sulung mami dan abah, cucu sulung atuk dan nenek, cicit sulung moyang. kiranya aku memang rapat dengan mereka, terutama datuk aku. dialah tempat aku bermanja sejak aku kecil hingga dewasa. aku masih ingat waktu aku merengek meminta sesuatu, dia pasti akan tunaikan, bila ada orang ingin menyakitiku, dia tempat aku meminta perlindungan, bila aku perlukan belaian, dia tempat aku bermanja. Tak kira masa dan tempat, aku menjadi keutamaannya.



Bila tiba musim raya, takbir pertama yang dilaungkan di surau di alunkan oleh datuk. Suaranya lunak dan membuatkan hati sayu bila mendengar takbir. Di pagi raya, solat sunat hari raya pertama dalam hidupku, berimamkan datuk ku. Tiap pagi, atuk akan kejutkan kami dan ingatkan kami untuk pergi ke surau. Bila selesai solat, tidak sah rasanya bila aku tak pergi dan mencium tangan datuk ku dan ku peluk. Tangannya harum.



Pernah datukku jatuh sakit, dan doktor tak memberikan harapan untuk datuk hidup. Ku berdoa setiap hari

"Ya Allah, jangan Kau ambik datuk ku waktu ini. Masih banyak yang ingin ku lakukan dengannya, masih banyak yang aku ingin lakukan untuknya"

Alhamdulillah, umur datuk ku panjang. Datukku dapat meneruskan hidupnya.Aku gembira kerana aku masih mampu mendengar suaranya, melihat senyumannya, memegang tangannya dan membau wangiannya.



Penyesalanku bermula di sini, 2 tahun sebelum kematian datukku, hubungan kami tidak serapat dulu. Berlaku konflik keluarga yang membuatkan aku menjauhkan diri darinya. Aku jarang ber borak dengannya. Aku rindu padanya, tapi ku pendam. Hatiku meronta ingin berborak dengannya seperti dulu, bergelak ketawa dengannya. Tapi ada sesuatu yang menghalangku.



2 minggu sebelum kematiannya, aku baru balik dari Penang, tempat aku belajar. Aku terjumpa datuk di pekan. Aku pun pergi bertemunya dan mencium tangannya. Aku terlalu rindukan dia, akhirnya terlepas juga rindu, kataku dalam hati. semenjak itu aku dah jarang berjumpa datuk. Aku x dapat bercakap dengannya pun. Datuk jarang ada di rumah. Banyak hal yang perlu dia uruskan di luar.



Seminggu sebelum datuk meninggal, dia mula sakit. Datuk dah mula lemah. Tak mampu buat kerja berat. Kebetulan aku pergi kerumah datuk, ku lihat atuk sedang berbaring di ruang tamu. Nenek menyuruhku memanggil datuk makan.

Aku: datuk, nenek panggil makan.

Datuk: bah. Kau tak makan sekali?

Aku: Tak la. kenyang lagi.

Datuk makan bertemankan nenek di dapur. Selesai makan, datuk pergi kerumah makcik di sebelah rumah. Tak lama kemudian, datuk mengadu sakit dada. Aku takut, takut kehilangan datuk.



Sehari sebelum datuk meninggal, aku ternampak datuk dari jauh. Masa tu aku baru menghabiskan projek di sekolah tempat aku buat ROS. Ku lihat atuk dari jauh. Datuk cuma tersenyum. Aku membalas senyuman datuk. Pada hari yang sama aku pergi ke rumah makcik, tapi tak pergi rumah datuk. aku singgah sebentar untuk ambik barang. Aku lihat datuk berbaring di beranda rumah seorang diri. Aku ingin pergi menemuinya, tapi abah cakap besok ja kita p rumah nenek lagi. Boleh jumpa datuk. Kami terpaksa balik kerana abah kerja.



Pada hari Sabtu, 30 Mei, 2009, jam 3.00 waktu tu kami berada di pasar subuh. Aku mendapat panggilan dari makcik, mengatakan datuk sakit, pengsan, mulut datuk dah biru. Datuk dah di bawa ke hospital. Kami bergegas pergi ke hospital. Dalam perjalanan, aku berharap ada ambulan yang lalu, sekurang-kurangnya aku tahu datuk masih hidup dan di bawa ke hospital besar. Tapi malangnya, tiada. Setibanya aku di hospital, ku lihat makcik-makcik aku menangis. Begitu juga pakcik.

Aku: Mana datuk?

Makcik: Datuk ada di dalam. Tapi dia dh meninggal.

Waktu itu hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku kuatkan hati untuk masuk dan tengok datuk. Aku harapkan aku lihat datuk tersenyum melihat kau datang dan berkata "atuk tak apa2. Jangan risau,atuk sihat". Tapi yang aku lihat hanyalah datuk aku yang telah terbujur kaku. Tiada senyuman, tiada kata2 keluar dari bibirnya.



Saat itu hatiku berkata.

"Ya Allah, masih banyak yang aku belum lakukan untuknya. Aku masih ingin bersamanya. Aku ingin dia melihat aku memegang segulung ijazah. Aku masih ingin melakukan banyak perkara bersamanya."



Kalau aku tahu, 2 tahun lepas adalah tahun terakhir aku dapat bersamanya, akan ku hargai setiap saat yang Allah berikan untuk aku bersamanya.

Akn ku cuba tunaikan semua impiannya..

Kalau aku tahu 2 minggu lepas itulah kali terakhir aku mampu mengucup tangannya, takkan ku lepas tangan itu.

Kalau lah aku tahu seminggu lepas, itu adalah peluang terakhir untuk aku makan bersamanya

takkan ku lepaskan peluang untuk menjamah nasi bersamanya

Kalau ku tahu sehari sebelum itu adalah hari terakhir aku melihatnya bernyawa, takkan ku biarkan waktu itu berlalu dengan kosong.



Ini kisah yang paling sedih dalam tempoh 23 tahun aku hidup. Untuk aku menulis cerita ini dan mengimbau kembali kenangan ini, 1 liter airmata aku gugur.
Tag

6 what others might think:

Cinoi berkata...

T____T sedihh

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

perkara yg paling saya takuti - takut kehilangan orang2 tersayang.

Unknown berkata...

sedihnyaa cerita ko n..
ermmm, aku pn anak dn cucu sulung sblh mama dan bapa..

aku pn takut bnda2 gini,
tp mati itu pasti,
jadi kena redha kan.

afifah berkata...

sedihnye..btolla..kita kena hidup mcm esok kita nak mati..cherish every moment.. :)

sikha berkata...

Sedih kan..... Btw,thanx rajin tag saya. InsyaAllah,i'll do my best...

Adib RY berkata...

cdih2...