Ahad, 6 Mac 2011

Aktiviti Waktu BOSAN... ^_^


Shaidatul Nazwa:ku meniti awan yang kelabu..ku tempuhi lorong yang berliku

Wan :mendung berarak menutupi awan..namun pelangi indah menjelma akhirnya.... smbg :P

Shaidatul Nazwa: dulu KITA bersama menikmati bintang malam..kini bintang masih ada di langit, tp tiada lagi KITA, yg ada hanya AKU,.. smbg :)

Wan: namun aku tau, biar pun kau tiada, kau tetap bsamaku krna kau dlm hatiku, telah bpadu mjadi satu :)) smbg

Shaidatul Nazwa: satu kenangan indah dan manis utk ku ingat..juga pahit dan sakit untuk ku kenang

Wan: namun, kemanisan n kpahitan itu milik kt bersama...yg akan terus kekal dlm memori,biar pun jasad n nyawa x lagi bersatu... smbg:))

Shaidatul Nazwa: kisah kita ku harap menjadi bualan walau sampai 1000 tahun lagi, biar mereka tahu, kisah ini bukan kisah biasa...bukan cinta biasa..tp cinta yang penuh kisah pahit dan manis..

Wan: ombak yg bergelora kian menghilang.. rindu yg terlerai tampak indah..tabir cintamu tersingkap.. semarak cintaku terbela lalu...KITA MELAKAR BAHAGIA...

Shaidatul Nazwa: namun bahagia yang terlakar bukan selamanya...ombak tenang dulunya kini bergelora...indah pantai pun berubah di hempas ombak..segala isi laut di hanyut ketepi, segala kekurangan cinta kita kau persoalkan..

Wan: masih adakah bahagia buat kita.....tiada lagi tawa ria,tiada lagi gurau senda..yg bersisa cuma rasa derita.. mahligai cinta kt dlm sengketa,siang mlm tak mampu ku teka..jika berjalan ada tujunya,tapi aku entah ke mana

Shaidatul Nazwa: mungkin bahagia bukan milik kita..bahagia mungkin akan kita temui dgn insan lain...kisah kita bukan kisah cinta yang bahagia...andai derita yang kita temui...andai sengsara kita hadapi...andai hati jadi taruhan, mungkin sudah takdirnya cinta tiada pengakhiran...

Wan : kita prnah khilangan krna kbodohan n ksilapan kt sndiri.. apakah kita sgp khilangan buat kali kdua kalinya krna ksilapn yg srupa... aku blm mahu khilgnmu....krna kay RAJA di hatiku, 'MAHKOTA' di ubun2ku

Shaidatul Nazwa :jika dalam cinta kita, kau dan aku sama berharga, buangkan kebodohan kita, jernihkan kekeliruan yang melanda, jika kau tak mahu kehilanganku, aku juga tak mampu hidup tanpamu, kerana kau beri aku erti hidup....

Wan : aku rindukan kesempurnaan hidup...kesempurnaan itu kerana hadirmu.. aku tau hidup ini pnuh ujian..namun aku jadi tabah kerana kau sntiasa ada disisiku

Shaidatul Nazwa: jgn lontarkan kata semanis itu, ku takut ia akan memakan dirimu..andai sempurna bagimu kerana hadirku, bagiku pula, terisi hidupku kerana hadirmu, bermakna setiap saat dalam hidupku keranamu...berbunga hatiku bila terkenangkanmu..
P/s: tulisan ini hanyalah ayat yang tiada kaitan dengan perasaan antara kedua2 pihak...cuma salah satu aktiviti untuk melontarkan idea mencipta ayat2 cinta yang romantis...

0 what others might think: