SENTIMENTAL..
Sentimental ni apa?
Pernah tak awak di label sebagai "sentimental person"
Aku pun pernah dapat label tu.. Bila difikir balik..kenapa orang label aku macam tu.. Inu jawapan yang aku dapat hasil penilaian diri sendiri.
1. Aku sukar nak lepaskan sesuatu yang penting bagi aku. Contohnya kalau ada seseorang hadiahkan coklat kat aku, aku akan simpan kulit bungkusan coklat tu. Tak pun kalau aku atau sesorang hadiahkan aku sesuatu benda yang aku atau dia dapat dengan susah payah, aku akan cuba sedaya upaya untuk cuba pastikan benda tu tak terlepas ke tangan orang lain. Sebab tu aku jarang sangat buang benda. Sebolehnya aku nak simpan selagi boleh.
2. Mudah menangis untuk benda kecil. Yang ni memang sifat aku paling ketara. Cengeng hehe. Contohnya bila tengok gambar orang tua atau terbaca cerita pasal orang tua aku mudah sangat tersentuh. Ataupun bila aku tgk gambar penganiayaan haiwan aku mudah sangat menangis terutamanya bila binatang tu kucing. Sebab tu la aku suka sangat bela kucing. Kalau boleh semua kucing jalanan tu aku nak bawa balik. Aku pernah beli ikan semata-mata nak bagi makan kucing yang mengiau meminta belas dari peniaga ikan kat pasar. Sorg pun peniaga ikan tu tak ambik peduli.
3. Mudah sangat berkecil hati. Walaupun aku jarang luahkan bila aku berkecil hati sebab selalunya aku akan pendam perasaan sendiri. Ada perbuatan atau kata-kata orang sekeliling yang buat aku berkecil hati.
Ini diantara 3 ciri yang mungkin ada pada orang yang sentimental. Tapi tak sama ye..
Jumaat, 28 Ogos 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 what others might think:
Catat Ulasan