Assalamualaikum.....
Entry kali ni agak serius sikit...kerana ia melibatkan soal nilai seorang manusia..
Sebelum berceloteh dgn lebih panjang, cuba fikirkan sejenak tentang persoalan yang saya kemukakan ini.
1. Apakah peranan pendidikan?
Wahai rakanku, apalah sangat nilai 5A, 10A dan 21A jika di bandingkan dengan nilai insaniah yang sepatutnya di terapkan pada diri setiap pelajar? Fikirkan...
Pendidikan sebenarnya adalah satu proses untuk membina insan secara menyeluruh. Oleh itu, penilaian yang di lakukan haruslah menyeluruh dan bukan menilai akademik semata-mata.
Sistem yang hanya menekankan pencapaian AKADEMIK dan menyisihkan pelajar lain yang menguasai kemahiran lain seperti Musik, Interpersonal dan lain-lain kemahiran. Adilkah kita?
Untuk membuatkan anda lebih memahami apa yang saya ceritakan disini, ingin saya membawa anda menghayati sebuah cerita tentang dua orang pemuda; sama umur, sama kampung, sama sekolah, tapi yang berbeza hanyalah nasib mereka.
Begini ceritanya.........

" ANAK, mesti belajar betul-betul tau. Kalau tak, dah besar nanti ANAK nak ker jadi penjual ikan macam Abang tu? ANAK kena belajar sungguh2 supaya bila dh besar boleh jadi !@#$$!"
Sayu hati si penjual ikan. Kedudukannya rendah di mata masyarakat kerana di Sijil SPM nya hanya tertulis abjad D sahaja. Masyarakat menganggap dia hanyalah hasil PERKUMUHAN atau SISA sistem pendidikan kita.

"ANAK, tengok abang tu...dia rajin belajar masa kat sekolah. Tengok sekarang dia dh ada rumah BESAR, kereta BESAR dan gaji pun BESAR"
Masyarakat tak sedar, individu ini jugalah yang selalunya berkepala BESAR, ego BESAR dan macam2 lagi.
Setiap butir perkataan yang keluar dari bibirnya mengores luka pada pendengarnya. Setiap perbuatan yang dia zahirkan membawa kesan buruk kepada yang lain...
Masyarakat mengabaikan semua itu kerana apa??? Kerana dia orang PANDAI....Memang dia pandai, tapi sayang, kepandaiannya hanya dalam bidang AKADEMIK, dalam SAHSIAH???? Dia mendapat Gred G9
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita sudah cukup cantik. Terpulang pada kita, individu-individu yang terlibat dalam lapangan pendidikan untuk sama menzahirkan apa yang tertulis di atas kertas menjadi realiti. Masyarakat seharusnya lebih bijak dalam menilai antara KACA DAN PERMATA.
Sebelum tinta mencoretkan noktah...renungkanlah permintaan seorang bapa kepada seorang guru ini.....
"Ajarlah anak saya. Biar tak pandai tak apa, asalkan dia jadi manusia"
0 what others might think:
Catat Ulasan