Jumaat, 29 April 2011

Adam ku..Hawa mu berharap....



Adam ku

Jangan kau junjung harta dunia

Kelak dirimu kan kecewa...


Jangan kau sujud pada cinta manusia

Kelak ia kan membawamu leka

Lupa pada tugasmu sebagai khalifah


Adam ku

Bercintalah kerana Allah

Menyayangilah kerana Dia..


Sebagai ratu hatimu

Bakal permaisuri di istana cintamu


Tak ku harap kau berharta dunia

Cukuplah kau berharta di SANA


Tak ku harap kau berwajah Putera Impian

Cukuplah kau berwajah seorang seorang Suami dan Bapa


Tak ku harap kau menjadi Pemimpin Unggul Dunia

Cukuplah kau menjadi Pemimpin Masjid kecil kita


Adam ku

Fitrah kejadianku tak seagung penciptaanmu

Kerana aku datang dari rusukmu,

Yang bengkok tak sempurna


Ku harapkan dirimu membentuk ku

Ku harapkan dirimu memimpinku

Ku harapkan dirimu mengajarku erti cinta yang sempurna


Adam ku

Jadilah manusia yang sentiasa sujud pada Tuhannya

Jadilah Imam yang sentiasa bersama makmumnya

Jadilah suami pada Hawa

Suami yang sentiasa menjaga Hawa nya

Jumaat, 22 April 2011

Kerana Dirimu Cukup Tabah






Ku lihat wajahnya yang lesu



Terlihat garis keletihan



Namun saat tanggungjawab memanggilnya



Dia bangkit



Demi mencari nafkah keluarga






Ku lihat tubuhnya



Yang dulu gagah kini di mamah usia



Walau susah untuk dia bekerja



Namun demi anak dan keluarga



Di teruskan langkah melangkah keluar rumah






Ku lihat keringatnya



Hasil kerja kerasnya



Membanting tulang siang dan malam



Demi mencari rezeki yang halal






Saat anaknya merengek meminta sesuatu



Di keraskan hati untuk menolak



Namun sakit sebenar hanya dia yang rasa



Tak terdaya menolak keinginan anak



Namun apakan daya



"Maafkan abah mu wahai anak, abah tak cukup duit nak belikan"






Tabahnya hatimu abah



Kami nyenyak tidur di rumah



Tetapi kau bersengkang mata mencari nafkah






Saat kami sakit



Kerisauanmu tidak kau pamer



Tapi kami tahu di hatimu



Terus berdoa meminta anakmu di sembuhkan



Andai boleh kau ambil



Nak kau galas semua kesakitan itu






Cukup abah



Cukuplah pengorbananmu



Biar aku kongsi bebanmu



Biarlah anakmu yang muda ini menjagamu






Rehatlah abah



Jangan siksa dirimu lagi



Kini tiba masanya kami menjagamu dan mami



Biar kami yang mengalas semua beban yang ada






Ingin ku balas semua keringatmu yang gugur demi kami



Namun ku tahu



Air dari tujuh lautan walau ku kumpul



Takkan mampu menandingi walau setitis



Keringat ikhlas yang gugur kerana kami...

Kerana Dirimu Cukup Indah




Kerana indahnya dirimu..



Kau galas beban membawa benih cinta yang di semai..



9 bulan bukan satu tempoh yang singkat



Pelbagai kesakitan yang kau tanggung



Pelbagai perubahan yang kau alami



Bermacam perasaan hadir



Namun kau tempuh dengan senyuman



Menunggu anakmu yang bakal lahir






Kerana indahnya dirimu



Saat melahirkan..



Kesakitan yang kau tanggung membuat airmatamu menitis



Namun saat melihat wajah permata hatimu



Senyuman terukir walau ketika itu darah masih mengalir



Sekali lagi titik jernih itu menitis



Bukan kerana sakit..



Tetapi memanjatkan kesyukuran padaNya



Kerana memberimu anugerah terindah






Kerana indahnya dirimu



Saat diri masih lemah



Setelah bertarung dengan maut..



Kau gagahkan diri melayan si kecil



Yang merengek meminta belaian



Saat dia sakit



Kau korbankan tidurmu



Kau lepaskan rehatmu



Kau pergi kepadanya



Memenuhi keinginannya






Kerana indahnya dirimu



Setiamu berdiri di sisi suami



Menjadi tiang peneguh rumahtangga



Menjadi kekasih hati keluarga



Menjadi insan yang penting di rumah



Menjadi individu pertama yang di cari anak-anak



Saat mereka di landa masalah






Kerana indahnya dirimu



Walau kau di cipta dari rusuk yang bengkok



Namun kau sempurna dalam memberi belaian manja



Kau sempurna dalam menjalankan amanah Allah



Kau cukup sempurna dalam menjadi peneman suami






Kerana indahnya dirimu



Walau diri telah di mamah usia



Namun kau terus mempamerkan kekuatan



Menyembunyikan segala kesulitan dan kesakitan






Kerana indahnya dirimu



Kau kan tetap ku sanjung



Ku sayang hingga akhir hayatku






Kerana indahnya dirimu



Ku berjanji



Akan Ku jaga dirimu



Hingga akhir nafasmu..

Khamis, 14 April 2011

I need pills..the bitter the better...


My finger want to type something....

My head keep thinking about it....

my heart want me to talk about it...

But i don't reallu know what the "thing" is..

I keep asking myself...is it about my

Sadness??

Frustration???

Anger???


I can feel the pain..but i can't find the right word represent it...


My tears flow so fast...i can't even hold it....

But why????


I need someone to comfort me....

Someone who can lend me a shoulder.....

Someone who can give me something to wipe my tears....


I'm hurt inside...the 'thing' keep hurting me....

I can't stop it..


I need pills....

The bitter the better...

At least I can forget the bitterness in my life...

Rabu, 6 April 2011

Apa nilai semua ini andai.......

Assalamualaikum.....

Entry kali ni agak serius sikit...kerana ia melibatkan soal nilai seorang manusia..

Sebelum berceloteh dgn lebih panjang, cuba fikirkan sejenak tentang persoalan yang saya kemukakan ini.


1. Apakah peranan pendidikan?


Wahai rakanku, apalah sangat nilai 5A, 10A dan 21A jika di bandingkan dengan nilai insaniah yang sepatutnya di terapkan pada diri setiap pelajar? Fikirkan...

Pendidikan sebenarnya adalah satu proses untuk membina insan secara menyeluruh. Oleh itu, penilaian yang di lakukan haruslah menyeluruh dan bukan menilai akademik semata-mata.

Sistem yang hanya menekankan pencapaian AKADEMIK dan menyisihkan pelajar lain yang menguasai kemahiran lain seperti Musik, Interpersonal dan lain-lain kemahiran. Adilkah kita?


Untuk membuatkan anda lebih memahami apa yang saya ceritakan disini, ingin saya membawa anda menghayati sebuah cerita tentang dua orang pemuda; sama umur, sama kampung, sama sekolah, tapi yang berbeza hanyalah nasib mereka.


Begini ceritanya.........

Seorang pemuda budiman, baik tutur katanya bekerja sebagai penjual ikan. Dia tidak memiliki Ijazah apatah lagi PHD. Yang mampu di genggamnya hanyalah Sijil SPM yang tak seberapa keputusannya. Namun dia adalah seorang anak yang BAIK, abang yang BAIK, adik yang BAIK, rakan yang BAIK, suami yang BAIK dan ayah yang BAIK. Tiap butir perkataan yang keluar dari bibirnya tidak pernah menyinggung perasaan manusia lain. Setiap perbuatan yang di lakukannya sehari-hari tidak pernah menyakiti manusia lain. TETAPI, kerana dia hanyalah seorang PENJUAL IKAN di pasar, dia di pandang hina oleh masyarakat sekelilingnya. Setiap kali seorang manusia lalu di hadapannya, pasti mereka akan berkata kepada anak2 mereka,'


" ANAK, mesti belajar betul-betul tau. Kalau tak, dah besar nanti ANAK nak ker jadi penjual ikan macam Abang tu? ANAK kena belajar sungguh2 supaya bila dh besar boleh jadi !@#$$!"


Sayu hati si penjual ikan. Kedudukannya rendah di mata masyarakat kerana di Sijil SPM nya hanya tertulis abjad D sahaja. Masyarakat menganggap dia hanyalah hasil PERKUMUHAN atau SISA sistem pendidikan kita.

Di bandingkan dengan pemuda yang kedua, dia adalah seorang yang memegang jawatan tinggi dalam bidang pekerjaan. Mendapat 5A, 10A dan 21A dalam setiap peperiksaan yang di ikutinya. Akan tetapi malangnya, dia adalah seorang anak yang tak mengenang budi, seorang abang yang tak bertanggungjawab, seorang rakan yang suka mengungkit, seorang suami dan bapa yang tak menjalankan amanahnya dan seorang pekerja yang tidak jujur dalam tugasnya. TETAPI, manusia inilah yang di sanjung oleh masyarakat.


"ANAK, tengok abang tu...dia rajin belajar masa kat sekolah. Tengok sekarang dia dh ada rumah BESAR, kereta BESAR dan gaji pun BESAR"


Masyarakat tak sedar, individu ini jugalah yang selalunya berkepala BESAR, ego BESAR dan macam2 lagi.


Setiap butir perkataan yang keluar dari bibirnya mengores luka pada pendengarnya. Setiap perbuatan yang dia zahirkan membawa kesan buruk kepada yang lain...


Masyarakat mengabaikan semua itu kerana apa??? Kerana dia orang PANDAI....Memang dia pandai, tapi sayang, kepandaiannya hanya dalam bidang AKADEMIK, dalam SAHSIAH???? Dia mendapat Gred G9



Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita sudah cukup cantik. Terpulang pada kita, individu-individu yang terlibat dalam lapangan pendidikan untuk sama menzahirkan apa yang tertulis di atas kertas menjadi realiti. Masyarakat seharusnya lebih bijak dalam menilai antara KACA DAN PERMATA.


Sebelum tinta mencoretkan noktah...renungkanlah permintaan seorang bapa kepada seorang guru ini.....


"Ajarlah anak saya. Biar tak pandai tak apa, asalkan dia jadi manusia"

Isnin, 4 April 2011

unexpected things..!!


Assalamualaikum....

Wah...!! sudah lama aku rasa tak meng"update" blog aku ni...Bersawang n Berpawang sudah...

Ok la...pertama2 sekali aku mau minta maaf dgn Cik.Blog aku ni sbb jarang sudah aku update dia..

Bukan apa..aku sibuk betul dalam 2 minggu lepas...terpaksa berhadapan dengan esaimen, kuiz n kajian tindakan...

ni pun aku curi masa sedikit untuk menulis...(sbb ada cerita menarik untuk aku sampaikan haha)


so ceritanya macam ni...Pagi tadi kami(aku dan kawan2 dalam 2 kumpulan Action Research) telah pergi ke sekolah terakhir bagi meng"observe" guru yang jadi participant dalam kajian tindakan kami.


Biasalah, pagi2 macam ni mmg mood agak tak stabil sbb otak x stabil lagi(aku mmg suka bangun lewat..ikhlas) sbb aku kena bangun awal... Dlm mamai2 tu aku pun p la seterika baju...dan bersiap apa yang patut... Pastu aku pun turun la p bustop..tunggu kawan aku ambik..


Semasa saya sedang berdiri seorang diri di tepi perhentian bas itu ya kawan2..tiba2 ada sorg mamat Somalia datang dan berkata( ceh..aku guna ayat formal tu)


" Assalamualaikum...assmmmggnkkkehbcbdjnvdocmdsk BAS mnfvbiadbebfcsd"


Aku pun tercengang (o_0)..dh la otak aku ngah loading...blurrrr je....--pe kebenda mamat ni ckp...sepatah haram aku x faham...aku pun balas la..."Sorry, I can't understand you"

Pastu dia ckp balik

"oh sorry...I am asking you, when will be the next bus to DKG.."

" It will arrive soon..just wait there"

Cet...dlm hatiku berkata...pandai plak speaking..yg g bawa aku ckp bahasa depa td wat pa..

Manusia..mcm2 ragam..

tu cerita di awal pagi...


ni ada lagi ceta panas di pagi hari....

sesampainya kami di sekolah, kami di sambut dgn pakcik guard yang mesra...haha.... Pastu aku dan kawan2 pun keluar la dari kereta..di ketuai oleh si pulan(nama terpaksa di rahsiakan atas sbb2 keselamatan)...tiba2 terdengar suara seperti seseotang sdg menjerit..


"gbvbikdnfcvkdvjdJURUJUALmvndbvdoBALIKLAnvjmvs"


Aku taip perkataan yang aku dengar dgn jelas sahaja ok...tp aku blh buat andaian yang org tu salah sangka dan menyangka kami ni jurujual yang datang kesekolah mereka untuk menjual barang..


KAH KAH KAH!!!!


Ada rupa jurujual rupanya kami ni ya...


Kisah kami tidak berakhir di situ...sesampai di kelas yang ingin kami observe, si pulan(nama di rahsiakan atas sebab keselamatan) pun masuk la dulu..aku dan 2 org rakan yang lain masih berdiri di luar kelas...tiba2 murid tu bangun dan memberikan salam


"Assalamualaikum PUAN"


kawan aku yang masuk ke kelas tu belum kawin lagi...tp budak2 tu panggil dia PUAN???


KAH KAH KAH!!!!!


pecah perut aku gelak...


But that was a very precious moment of my life today...and thatis the end of our trip to school to do observation...

Now we are focusing on analyzing the data....


so aku rasa ni entry last untuk minggu ni...Pas ni aku akan fokus semula untuk menyelesaikan tugas2 rasmi sebagai seorang pelajar....


p/s: jgn bersedih Cik.Blog..nanti kita jumpa lagi ok...miss u...