Sabtu, 26 Mac 2011

2 Peristiwa dlm Seminggu..!!!! Apa nie??!!!

Dua peristiwa dlm seminggu...nasib yang sorg tu x mati...yg sorg ni plak x benasib baik...
aku nk ckp pasal apa sebenarnya???!!
BUNUH DIRI OLEH GOLONGAN REMAJA!!!!!
What the hell happen to our teenagers nowadays?? They can simply choose their date and ways to die...Aren't they feel guilty to their parent and the society?
Baru dua hari lepas sorg kwn aku post satu video pasal sorg ppuan yg nk bunuh diri...Alasannya nk tau apa????
MASALAH CINTA
Come on guys....sbb cinta korg sanggup nk cabut nyawa sendiri????
Korg ingt korg tu apa??? Berkuasa sgt ker nk cabut nyawa sendiri???
Tak fikir dosa ka????
Aku ada sorg kawan, bila ulas pasal bab bunuh diri ni dia mmg banyak hujah.
Salah satu statement dia yg dia slalu ckp
"KO INGAT KO TU BESAR SGT KE KUASA SAMPAI BLH PILIH TARIKH DAN CARA KO NAK MATI!!!!"
Pagi ni pula aku buka Harian Metro, terjumpa lagi dengan satu berita seorang lelaki berusia 27 tahun bunuh diri sebab break up dgn makwe dia berusia 19 tahun...!!
Sorg lagi bakal pemimpin mati....
Terjun bangunan plak tu..sama mcm ppuan sebelum ni
Nape x guna cara lain nak mati...cara terjun ni dh lapuk la...
guna la cara mcm ni
.
.
.
tak pun mcm ni
.
.
.
.


hah..korg tunggu la pokok tu besar. Ntah2 x sempat pokok tu nk besar, korg mati dulu...sbb kena Malaria
Aku x setuju la kalu ada org bunuh diri sbb cinta...HELLO!!!!! babe...Cinta jer pun....Ko x mati la klu xda cinta....Ko nak tunjuk ape dgn wat benda2 bodoh ni???
Ko nak tunjuk kat org yang ko ni BERANI ker?
atau ko nak tunjuk yang ko ni SETIA pada cinta???
ko nk tunjuk yang ko ni TAK BOLEH HIDUP tanpa cinta???
PPPPIIIIIRRRRAAAAHHHH!!!!!!


Ko la manusia paling bodoh tau x!!!
Ko mati, kat akhirat bukan dapat layanan FIRST CLASS..
ape ko ingat ko dapat layanan istimewa ker sbb ko bunuh diri kerana cinta pada manusia??
lain la klu ko MATI SYAHID....kang ni ko MATI KATAK tau x!!!
then X-GF ko plak dok bersenang lenang dgn pakwe baru...jumpa lelaki lain
pastu kawin n bina keluarga dgn lelaki tu...
ko sia-siakan separuh hidup ko dgn berkorban utk dia tau x..!!!
mesti org akan ckp.."alah ko x penah rasa lagi camana putus cinta...ko x tau rasa dia camana"
tp kt sini aku nk gtau ek...aku dh pernah rasa putus cinta...aku tahu camana rasa kehilangan org yang kita cinta...
tp bila aku fikir balik,dia tinggal aku sbb dia tak sayangkan aku..kenapa aku perlu terhegeh2 nk kat dia...
kat atas tu ada cinta yang paling AGUNG di dunia...
Cinta yang tak akan tinggalkan aku sampai bila-bila
kita kan ada agama...fikir berlandaskan agama
jangan jadikan hati Tuhan dalam hidup kita
Kerana hati cuma akan membuat kita MATI....
p/s: ni mmg aku taip ikut sedap jari aku ja....

Rabu, 23 Mac 2011

Bertakhtha di hati cuma dia...



perkenalan dengannya bukan aku pinta

bertegur sapa dengannya bukan pilihanku juga

apatah lagi jatuh cinta dengannya

sesuatu yang tak pernah ku duga


sebutir janji kami semai

seikhlas sayang kami bajai

seguni rindu kami beri

serumpun cinta kami harap bersemi


namun bumi tak selalu ceria

laut tak selalunya tenang

bergelora terkadang ia datang

mengoncang jiwa yang dulu tenang


pernah diri hampir menyerah

tak mampu lawan badai nan gagah

namun demi cinta padanya dia

ku teguh berdiri walau sakitnya

menikam hati tanpa bicara


buat insan yang aku sayang

teguh cintaku hanya padamu
ikhlas sayang ku semua untuk kamu
rinduku kukuh bersama dirimu

buangkan segala keraguan kamu

tanamkan rasa percaya pada aku

jangan kau beri racun

ku takut benih cinta yang kita semai

mati terkena itu


puisi ku cipta buat insan yang bertakhta

ku harap dia membaca

dan fahami isi hati kekasihnya

Khamis, 17 Mac 2011

KISAH SEDIHKU



Klik banner untuk dapatkan maklumat pasal contest ni.



DIA INSAN YANG ISTIMEWA DALAM HIDUP AKU.





kisah ini berlaku 2 tahun lepas. Kisah yang meragut senyuman semua ahli keluargaku. Aku mulakan dengan kisah seorang insan istimewa di mata kami. Datuk aku, arwah Haji Juarah.



aku merupakan anak sulung mami dan abah, cucu sulung atuk dan nenek, cicit sulung moyang. kiranya aku memang rapat dengan mereka, terutama datuk aku. dialah tempat aku bermanja sejak aku kecil hingga dewasa. aku masih ingat waktu aku merengek meminta sesuatu, dia pasti akan tunaikan, bila ada orang ingin menyakitiku, dia tempat aku meminta perlindungan, bila aku perlukan belaian, dia tempat aku bermanja. Tak kira masa dan tempat, aku menjadi keutamaannya.



Bila tiba musim raya, takbir pertama yang dilaungkan di surau di alunkan oleh datuk. Suaranya lunak dan membuatkan hati sayu bila mendengar takbir. Di pagi raya, solat sunat hari raya pertama dalam hidupku, berimamkan datuk ku. Tiap pagi, atuk akan kejutkan kami dan ingatkan kami untuk pergi ke surau. Bila selesai solat, tidak sah rasanya bila aku tak pergi dan mencium tangan datuk ku dan ku peluk. Tangannya harum.



Pernah datukku jatuh sakit, dan doktor tak memberikan harapan untuk datuk hidup. Ku berdoa setiap hari

"Ya Allah, jangan Kau ambik datuk ku waktu ini. Masih banyak yang ingin ku lakukan dengannya, masih banyak yang aku ingin lakukan untuknya"

Alhamdulillah, umur datuk ku panjang. Datukku dapat meneruskan hidupnya.Aku gembira kerana aku masih mampu mendengar suaranya, melihat senyumannya, memegang tangannya dan membau wangiannya.



Penyesalanku bermula di sini, 2 tahun sebelum kematian datukku, hubungan kami tidak serapat dulu. Berlaku konflik keluarga yang membuatkan aku menjauhkan diri darinya. Aku jarang ber borak dengannya. Aku rindu padanya, tapi ku pendam. Hatiku meronta ingin berborak dengannya seperti dulu, bergelak ketawa dengannya. Tapi ada sesuatu yang menghalangku.



2 minggu sebelum kematiannya, aku baru balik dari Penang, tempat aku belajar. Aku terjumpa datuk di pekan. Aku pun pergi bertemunya dan mencium tangannya. Aku terlalu rindukan dia, akhirnya terlepas juga rindu, kataku dalam hati. semenjak itu aku dah jarang berjumpa datuk. Aku x dapat bercakap dengannya pun. Datuk jarang ada di rumah. Banyak hal yang perlu dia uruskan di luar.



Seminggu sebelum datuk meninggal, dia mula sakit. Datuk dah mula lemah. Tak mampu buat kerja berat. Kebetulan aku pergi kerumah datuk, ku lihat atuk sedang berbaring di ruang tamu. Nenek menyuruhku memanggil datuk makan.

Aku: datuk, nenek panggil makan.

Datuk: bah. Kau tak makan sekali?

Aku: Tak la. kenyang lagi.

Datuk makan bertemankan nenek di dapur. Selesai makan, datuk pergi kerumah makcik di sebelah rumah. Tak lama kemudian, datuk mengadu sakit dada. Aku takut, takut kehilangan datuk.



Sehari sebelum datuk meninggal, aku ternampak datuk dari jauh. Masa tu aku baru menghabiskan projek di sekolah tempat aku buat ROS. Ku lihat atuk dari jauh. Datuk cuma tersenyum. Aku membalas senyuman datuk. Pada hari yang sama aku pergi ke rumah makcik, tapi tak pergi rumah datuk. aku singgah sebentar untuk ambik barang. Aku lihat datuk berbaring di beranda rumah seorang diri. Aku ingin pergi menemuinya, tapi abah cakap besok ja kita p rumah nenek lagi. Boleh jumpa datuk. Kami terpaksa balik kerana abah kerja.



Pada hari Sabtu, 30 Mei, 2009, jam 3.00 waktu tu kami berada di pasar subuh. Aku mendapat panggilan dari makcik, mengatakan datuk sakit, pengsan, mulut datuk dah biru. Datuk dah di bawa ke hospital. Kami bergegas pergi ke hospital. Dalam perjalanan, aku berharap ada ambulan yang lalu, sekurang-kurangnya aku tahu datuk masih hidup dan di bawa ke hospital besar. Tapi malangnya, tiada. Setibanya aku di hospital, ku lihat makcik-makcik aku menangis. Begitu juga pakcik.

Aku: Mana datuk?

Makcik: Datuk ada di dalam. Tapi dia dh meninggal.

Waktu itu hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku kuatkan hati untuk masuk dan tengok datuk. Aku harapkan aku lihat datuk tersenyum melihat kau datang dan berkata "atuk tak apa2. Jangan risau,atuk sihat". Tapi yang aku lihat hanyalah datuk aku yang telah terbujur kaku. Tiada senyuman, tiada kata2 keluar dari bibirnya.



Saat itu hatiku berkata.

"Ya Allah, masih banyak yang aku belum lakukan untuknya. Aku masih ingin bersamanya. Aku ingin dia melihat aku memegang segulung ijazah. Aku masih ingin melakukan banyak perkara bersamanya."



Kalau aku tahu, 2 tahun lepas adalah tahun terakhir aku dapat bersamanya, akan ku hargai setiap saat yang Allah berikan untuk aku bersamanya.

Akn ku cuba tunaikan semua impiannya..

Kalau aku tahu 2 minggu lepas itulah kali terakhir aku mampu mengucup tangannya, takkan ku lepas tangan itu.

Kalau lah aku tahu seminggu lepas, itu adalah peluang terakhir untuk aku makan bersamanya

takkan ku lepaskan peluang untuk menjamah nasi bersamanya

Kalau ku tahu sehari sebelum itu adalah hari terakhir aku melihatnya bernyawa, takkan ku biarkan waktu itu berlalu dengan kosong.



Ini kisah yang paling sedih dalam tempoh 23 tahun aku hidup. Untuk aku menulis cerita ini dan mengimbau kembali kenangan ini, 1 liter airmata aku gugur.
Tag

DEFINISI CINTA

Klik SINI kalau nk tau
CINTA
mengikut persepsi aku...


jom join contest ni

Nurul Faezah

Zaiazeyana

Sikha

Selasa, 8 Mac 2011

Bila Perempuan Mencarut.......

Assalamualaikum dan selamat petang semua....

Hari ni aku nk ceta pasal satu isu atau fenomena yang biasa kita lihat di lakukan oleh masyarakat kita....(ceh mcm mbincangkan isu besar plak kan)....

tajuk kita petang ni adalah

MENCARUT......

Apa tu mencarut????

mencarut ini adalah satu perbuatan apabila seseorang mengeluarkan kata2 sensor...(contoh x yah bg la kna...korg gerenti tau nyer la...)

selalunya..bila org dengar lelaki mencarut, dorg xda respond pn...
" biaq p la dia nk mencarut..xda kaitan dgn aku pun"
x pun dorg akan ckp
"wah!!! cool dowh mamat tu"
tp kalu org dgr ppuan mencarut camana???
apa reaksi mereka???

lelaki akan cakap..
"eeeewwwww......ppuan tu mencarut dowh.....!!! x sangka betul aku...muka punya lah cantik, tp mencarut...ish...x sesuai d buat bini ni...sat g anak aku pun mencarut gk.."
makcik2 kat pasar plak akan cakap
"ish..budak ppuan tu mencarut...x padan dgn ppuan...eee..minta2 la anak aku x jumpa ppuan mcm ni utk buat bini..kalu x, malu aku dpt menantu suka mencarut..."
mmg la mencarut tu bukan satu perbuatan yang baik kan...tp sesali sekala tu kdg2, secara tidak sengara kita akan TERmencarut depan org..
contohnya bila air tumpah atas baju..for sure kita akan bg respond mcm ni
"SH*T......tumpah plak air ni..dh la baju baru beli..demmm!!!"
x pun masa kita lambat p kelas
" DEM!!!! matilah aku ngan pensyarah..F*CK tol la..camana la blh lwat bgun.."
masa ada org pandang slack jer kat kita
"SIOT tol ppuan ni, nape nk pandang2..mcm muka cantik sgt, muka cm S*AL ada la"
lagi satu masa kita terpijak ekor kucing..
"B*DOH betul la kucing ni...awat dok tgh2 jalan, kan dh kena pijak..padan muka"
tp kita mungkin x dgr bila kucing tu maki kita balik kan....



(x pun ayat dlm bahasa melayu.." ish ppuan ni...pijak2 ekor aku plak...buta betul..B*D*H")
haha..korg bkn tau kan ape kucing ckp klu dia maki korg..terutama pada org2 yang jahat dgn kucing...


so, kesimpulannya, mencarut ni x blh di elakkan (aku x kata aku support korg mencarut)..tp klu blh tu...kalu nk maki pun, maki la dlm hati...kita sog jer tau apa kita ckp n apa yang kita carutkan(eh?? ada ka pkataan tu???)....

TUTUP MULUT....NO MENCARUT...










tapi kalau kita dgr org lain mencarut, terutama ppuan, jgn la kita terus2 nak mark dia tu x bersopan k...ppuan tu pun manusia gk...

ikutlah seperti kucing di bawah.....







Ahad, 6 Mac 2011

Lirik "Tanak Kampung"

Seperti yang diminta...terimalah lirik Tanak kampung...selamat menyanyi...enjoy!

Tanak Kampung - Jimmy Palikat

Yoku nopo diti
Tanak do mosikin
Aiso nunu nunu
Do posurungonku
Ika tu olumis
Au oku kaanu
Kapasanang dika

Yoku tanak kampong
Aiso sinikulan
Kuli-kuli do touki
Au kapadan dika
Ika tu olumis
Ogumu poh muhang
Lagi orang kaya

#
Ingga korita ku
Mogowit dia mimpanau
Ingga poh walaiku
Usukon toh ngoduo
Lobi pondo pongopung
Om balanja dapur
Panansawo dika

##
Okon ko au oku
Orohian dika
Nga rosian oku
Katanud koh osusa
Sabab noh do muhang
Logoson ku ika
Id langon do wokon

Ika poimulok
Lagi kikolumison
Kada do sumonsog
Kusai irad doho
Ika tu olumis
Manasal koh moti nga
Ingga noh guno


lirik lagu ni aku dapat dari sini

KENAPA.....????!!!!!

Assalamualaikum......

Di petang yang indah dan sejuk ini ( bumi sintok di basahi hujan yer..hehehe yay!).. Tiba2 aku di kejutkan dengan satu sms yang berbunyi
"Bila dh keluar jadi cegu nanti, mesti kahwin pun dgn cegu kan"
Aku tau ayat ni berupa sindiran... Kalaulah betul apa yang org tu ckp..maknanya aku dh x banyak pilihan la...( OH NO!!!!!)... Pastu aku terfikir balik... kenapalah org slalu fikir mcm ni??? Apa yang dorg fikir???
1. GURU MESTI KAHWIN DGN GURU
Mestikah aku kahwin dgn guru kalau aku ni guru??? Aku x blh pilih org lain ka?? Kenapa org slalu bg aku pilihan yang terhad?? Kalau la kan...KALAU dlm sekolah tu semua guru lelaki muda sudah kahwin dan yang tinggal cuma seorang guru lelaki separuh abad yang menunggu waktu utk pencen...ndak kan la aku mau kawin dgn dia (TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!) bagus aku lari terjun bangunan...
Isu ni bkn setakat berlaku pada guru ja tau... org yang bekerja di lapangan lain pun kena gk tempias ni.... contohnya:

DOKTOR KAWIN DGN DOKTOR @ NURSE/ GURU/ ENGINEER/PEGUAM

ENGINEER KAHWIN DGN GURU/ DOKTOR/ PEGUAM
DAN


PEGUAM KAHWIN DGN DOKTOR/ GURU/ ENGINEER...
PERCAYALAH...!!!(nyanyi mcm Dato' Siti)
kalaulah fenomena ni betul2 berlaku...Nah percayalah kau sama aku...
Lelaki2 atau wanita2 yang menjadi pekerja sokongan lain seperti tukang kebun, tukang sapu dan lain2 tidak akan berkahwin ataupun tidak akan berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka...
DAN
Golongan yang memegang status sebagai salah satu pekerja dalam sektor popular ni akan berpeluang untuk berkahwin sampai 4 setiap sorg( bg yang lelaki...suka la kau tu kan..!!)
Jadi...cuba kita fikir balik, apa salah kalau Guru kahwin dgn bukan guru...contohnya pekerja kilang atau tukang kebun... salahkah?? Sekurang2nya kita boleh membantu meningkatkan taraf hidup mereka....
Nanti tak la jadi fenomena di mana
" YANG KAYA TERUS KAYA DAN YANG MISKIN TERUS MISKIN"
aku menaip ja..(yg ni mmg aku taip ikut sedap jari aku) tp apa yang aku taip ni bukan sekadar cerita kosong tau...ada isu yang aku mau kamu semua fikir....
Buat yang tidak bersetuju tu...di alu2kan untuk meluahkan pendapat ok...




Aktiviti Waktu BOSAN... ^_^


Shaidatul Nazwa:ku meniti awan yang kelabu..ku tempuhi lorong yang berliku

Wan :mendung berarak menutupi awan..namun pelangi indah menjelma akhirnya.... smbg :P

Shaidatul Nazwa: dulu KITA bersama menikmati bintang malam..kini bintang masih ada di langit, tp tiada lagi KITA, yg ada hanya AKU,.. smbg :)

Wan: namun aku tau, biar pun kau tiada, kau tetap bsamaku krna kau dlm hatiku, telah bpadu mjadi satu :)) smbg

Shaidatul Nazwa: satu kenangan indah dan manis utk ku ingat..juga pahit dan sakit untuk ku kenang

Wan: namun, kemanisan n kpahitan itu milik kt bersama...yg akan terus kekal dlm memori,biar pun jasad n nyawa x lagi bersatu... smbg:))

Shaidatul Nazwa: kisah kita ku harap menjadi bualan walau sampai 1000 tahun lagi, biar mereka tahu, kisah ini bukan kisah biasa...bukan cinta biasa..tp cinta yang penuh kisah pahit dan manis..

Wan: ombak yg bergelora kian menghilang.. rindu yg terlerai tampak indah..tabir cintamu tersingkap.. semarak cintaku terbela lalu...KITA MELAKAR BAHAGIA...

Shaidatul Nazwa: namun bahagia yang terlakar bukan selamanya...ombak tenang dulunya kini bergelora...indah pantai pun berubah di hempas ombak..segala isi laut di hanyut ketepi, segala kekurangan cinta kita kau persoalkan..

Wan: masih adakah bahagia buat kita.....tiada lagi tawa ria,tiada lagi gurau senda..yg bersisa cuma rasa derita.. mahligai cinta kt dlm sengketa,siang mlm tak mampu ku teka..jika berjalan ada tujunya,tapi aku entah ke mana

Shaidatul Nazwa: mungkin bahagia bukan milik kita..bahagia mungkin akan kita temui dgn insan lain...kisah kita bukan kisah cinta yang bahagia...andai derita yang kita temui...andai sengsara kita hadapi...andai hati jadi taruhan, mungkin sudah takdirnya cinta tiada pengakhiran...

Wan : kita prnah khilangan krna kbodohan n ksilapan kt sndiri.. apakah kita sgp khilangan buat kali kdua kalinya krna ksilapn yg srupa... aku blm mahu khilgnmu....krna kay RAJA di hatiku, 'MAHKOTA' di ubun2ku

Shaidatul Nazwa :jika dalam cinta kita, kau dan aku sama berharga, buangkan kebodohan kita, jernihkan kekeliruan yang melanda, jika kau tak mahu kehilanganku, aku juga tak mampu hidup tanpamu, kerana kau beri aku erti hidup....

Wan : aku rindukan kesempurnaan hidup...kesempurnaan itu kerana hadirmu.. aku tau hidup ini pnuh ujian..namun aku jadi tabah kerana kau sntiasa ada disisiku

Shaidatul Nazwa: jgn lontarkan kata semanis itu, ku takut ia akan memakan dirimu..andai sempurna bagimu kerana hadirku, bagiku pula, terisi hidupku kerana hadirmu, bermakna setiap saat dalam hidupku keranamu...berbunga hatiku bila terkenangkanmu..
P/s: tulisan ini hanyalah ayat yang tiada kaitan dengan perasaan antara kedua2 pihak...cuma salah satu aktiviti untuk melontarkan idea mencipta ayat2 cinta yang romantis...

Sabtu, 5 Mac 2011

BEBANAN YANG AKU TANGGUNG ..... T_T

sungguh aku tertekan....tertekan yang teramat...kerana tekanan yang menekan..(brapa banyak "TEKAN") tu menunjukkan yang aku ndak main2 k..mmg betul2 tertekan ni... T_T
banyak benda yang buat aku rasa mau terjun bangunan...(bukan mau bunuh diri k...)
bila aku tgk balik list kerja aku, banyak rupanya tugasan yang aku belum buat dan due date dh dekat.......
apa2 pun... I will try to live my life as normal as i can....
these won't make any change in my life
all I nedd to do is get on my feet back and start to move foward slowly until I get the rythm....

BAMBANGAN..!!!!!

Assalamualaikum....

kenapa tiba2 sy mau cerita pasal bambangan ni??? hehehe
y tiba2 rasa lapar bah td pagi..jadi sy pun search la makanan di internet..
(isi mata dulu baru isi perut)
tiba2 aku teringat satu makanan org sabah yang sy rasa tidak ramai yang tahu n pernah makan....
tapi semua org sabah tahu bh makanan ni kan (tambirang la kau sana klu kau ckp kau tidak tau)
ini lah dia..my pebret dish
BAMBANGAN..!!!!! yang ni bambangan yang sudah kena jeruk...sadap mo ti sya kasitau kau...lbh sedap dari KFC hehe
mami sya terer tau buat jeruk bambangan ni... setiap kali balik sabah, kalu mau balik sini, sy wajib bawa bambangan hehehe
bekalan makan wajib sy ni....
mau tgk rupa bambangan yang sebenar? ceh mcm artis plak bambangan ni kan hehehe
ni la rupa dia....
EN. BAMBANGAN



AAAARRRRGGGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
SAYA RINDU BAMBANGAN!!!!!!!!!

DORAEMON!!!! BG DULU PINTU KO TU P SINI... SAYA MAU BALIK SABAH NI MAU P AMBIK BAMBANGAN....

Doraemon: Ppuan ni gila sudah kali kan....



Jumaat, 4 Mac 2011

aKu dAn LibRary..

Assalamualaikum.....
sebelum aku teruskan menulis utk entry kali ni... aku nak buat interview kejap...
Wartawan: Selamat pagi Cik N.
Cik N: Selamat pagi.
Wartawan: ni kami nak tanya la noh.. ang wat pa p library ni?
Cik N: aku ada discussion kat cni.
Wartawan: lagu tu noh. ni first time ang p cni ka?
Cik N: dak eh.. ni kali ke dua.
Wartawan: kali ke dua????? biaq betui ang ni??? dh 2 tahun ang blajaq cni ni kali ke dua ang jejak library????
Cik N: betui la...awat??? first time aku masuk masa nak aktifkan kad matrik utk keluaq masuk library ja... Buku pun aku x penah pinjam lagi...
hahaha dh baca interview tu?? hari isnin lepas aku p library..tu pun sbb aku ade discussion untuk presentation kelas aku...
utk pengetahuan semua, ni kali ke dua aku masuk library..mcm yang aku ceta kat interview ni la hehehe
bukan aku x suka masuk library tau..tp aku ni mmg bukan org library kot huhu T_T...
So alang2 dah masuk library ni, kita ambik la gambar banyak2 kan...bukti ni aku penah gak p library hehehe....
aku kat library tau....
untuk di jadikan cerita, masa nak masuk library ni, salah seorang kawan aku, juga blogger, tak dapat masuk library...sebabnya kad matrik x detect...tapi atas pertolongan pakcik library dapat gk Cik Yantie kita ni masuk hehehe... Masuk dh settle, tp nak keluar nanti camana????????
Enjoy la tgk gambar2 kami di library ni ya....

yantie seyes berbincang.. ^_^

En. Eddie kita yang pemalu hehe


ntah sapa lak budak yang sesat ni...



cantiknya library hehehe



Selasa, 1 Mac 2011

Mana letaknya maruah Wanita???

Assalamualaikum semua...(x jawab berdosa ok)
Hari ni mood aku agak berkabus sedikit.. Banyak masalah datang plak dalam hidup aku hari ni..
So dgn kata lain, hari ni aku pakai T-Shirt yg tertulis "DON'T MESS WITH ME OR I WILL PUNCH YOU ON YOUR FACE". Amacam, ada stail gengster x??
Ok, enough about me and my life. Topik yg aku nk ckp hari ini adalah berkaitan dgn cinta 3 penjuru @ cinta 3 segi. Cinta yang melibatkan 3 org individu. Fokus aku hari ni adalah apabila lelaki bermain cinta dengan 2 org perempuan. Aku BUKAN gender bias. Kang ade plak kaum lelaki yang cop kan aku mcm tu kan... Tak.. Aku tulis pasal benda ni pun sebab aku tgk benda ni berlaku dgn kawan aku sendiri. Korg tgk gambar di bawah ni dan nilai sendiri, siapa yang bersalah sebenarnya..
.
.
.
.
Aku nak tanya korg la, terutama kaum Adam,
1. KENAPA ANDA SUSAH UNTUK MENDEDAHKAN STATUS PERHUBUNGAN ANDA YANG SEBENAR?

2. KENAPA ANDA MELAYAN PIHAK YANG KETIGA WALAUPUN KETIKA ITU ANDA SUDAH BERPUNYA?

Aku tak ada jawapan bagi soalan2 ni. Selalunya, jika seorang lelaki tu menjalinkan hubungan dgn pihak yang ketiga, kekasih lelaki ni pasti la akan mengamuk. Pastu menstilah dia minta penjelasan dari teman lelaki ni kan. Yang si lelaki ni pula, untuk menutup kesalahan sendiri, mulalah bagi pelbagai jawapan. Salah satu jawapan yang popular,

BUKAN I YANG MENGGATAL, DIA YANG NK I LAYAN DIA WALAUPUN I DH ADA U..

Ni la jawapan paling selamat yang lelaki bagi. So bila jawapan mcm ni yang dorg bagi, nampak sgt pihak ketiga tu yang salah kan. Then, mulalah peperangan berebut jantan antara kedua2 perempuan ni. Mula la tulis status kat FB

" hey pompuan...nape la ko pasan sgt....wtf nyer betine!!"
Dan macam2 status lagi la yang maki2 perempuan pihak ketiga tu..
HELLO!!!!!!!!!!!!!!!
Biar aku ckp kat sini ek kepada ppuan2 yang kutuk ppuan lain yang jadi pihak ketiga dalam perhubungan korg tu. Korg jgn letak seratus peratus salah pada pihak ketiga tu. Cermin diri tu dulu. Tengok kelemahan sendiri juga. Lelaki jarang cari lain kalau kekasih atau bini dia memenuhi ciri2 yang dia nak. Ni kalau sampai tiap hari laki balik makan kat rumah makan lauk yang sama, sapa tak bosan weh???!!! Bagi pasangan kekasih plak, kalau tiap kali BF kamu tu diam atau sibuk dgn kerja, kamu tuduh dia ade ppuan lain, p dating dgn ppuan lain, lelaki mana yang tahan???? Jarang ada lelaki yang tahan melayan karenah mengada2 melampau kamu tu...
Pas korg cari semua kelemahan korg, try la perbaiki. Improve la diri tu sikit. Pas tu baru la kamu tgk BF kamu plak. Adakah dia ni mmg jenis PLAYBOY, suka layan ppuan lain. Adakah dia ni jenis MULUT MANIS, suka ngayat ppuan lain utk TEST POWER. Tgk la perangai BF kamu tu macamana...
Baru la nilai pihak ketiga tu. Manalah tau dia pun jadi mangsa penipuan BF kamu yang MULUT MANIS dan PLAYBOY tu...
Jgn la tulis status bukan2 di laman2 sosial kamu, mengutuk ppuan. Sedar la, kamu tu pun ppuan juga. Jgn mengutuk kaum sendiri. Org lain ketawakan kamu bila baca status kamu mcm tu. Yang si BF ni plak terasa la dia tu HOT STUFF ( Bngga aku wey, 2 ppuan gaduh pasal aku.. ^_^.. tu la, ko kena blajar dari aku camana nk ngayat ppuan. Tgk aku, sekali dapat 2 tau).. Percaya atau tak, ni la ayat lazim yang lelaki akan keluarkan.
Aku malas menulis panjang2 sbb takda guna gk klu ppuan2 di luar sana masih wat perangai mcm ni kan..
So......fikirkan lah...ada otak dan ada fikiran sendiri...
Jangan samakan taraf diri anda dgn binatang.