Empat tahun lalu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Hasya tidak menyangka perkenalannya dengan jejaka bernama Hazim akan membuahkan perasaan sayang dan cinta pada lelaki itu. Perkenalan diatas dasar kawan itu memberikan Hasya peluang mengenali Hazim dengan lebih dekat. Jejaka perahsia itu menyimpan terlalu banyak rahsia sehinggakan Hasya sukar meneka setiap perkara tentang dirinya.
Hasya senang dengan kehadiran Hazim dalam hidupnya. Kini dia punya teman yang sentiasa mendengar setiap keluhannya. Teman yang hadir tika suka dan duka. Dalam diam perasaan sayang mula timbul di dalam hatinya buat Hazim.
Hasya ingin meluahkan perasaannya, tetapi takut di gelar perigi mencari timba. Pelbagai persoalan timbul di benak hatinya. "Bagaimana kalau dia sudah berpunya?", "Bagaimana kalau dia hanya menganggap aku sebagai seorang kawan dan tidak lebih dari itu?". Hasya terperangkap dalam persoalan yang membelenggu.
Hasya selalu memerhatikan Facebook milik Hazim. Kala rindu mendatang, cukup dengan melihat gambar Hazim sudah cukup untuk mengubati rindunya pada jejaka itu. Senyuman terukir setiap kali menerima ucapan "Hai" dari Hazim melalui aplikasi Chatting di Facebook.
Perasaan indah itu berterusan. " Aku bahagia menyintaimu dalam diam" bisik hati Hasya. Sehinggalah pada suatu hari, senyuman itu di ragut apabila Hazim memuat naik gambar seorang wanita yang ternyata adalah kekasih hati Hazim. Sedih.....terlalu sedih hati Hasya. Jejaka yang di puja selama ini rupanya telah berpunya. Airmata menitis namun hatinya mendoakan yang terbaik bagi Hazim.
"Ya Allah, Kau bahagiakan dia. Andai wanita itu mampu membahagiakan dia, aku redha."
Hasya meluahkan isi hatinya pada abangnya. Betapa hatinya hancur melihat kebenaran di depan mata.
"Adik, kalau adik benar-benar cinta dan sayangkan dia, doakan kebahagiaan dia. Mungkin sudah tertulis dia bukan untukmu. Luahkan perasaan sedih pada Allah...minta Dia berikan kekuatan pada hati untuk menerima ketentuan itu"
Walau hatinya sedih, walau cinta hatinya milik wanita lain, Hasya tetap tabah. Cuba untuk menerima kebenaran. Namun Hasya tidak pernah mencuba untuk membunuh rasa cintanya pada Hazim. Baginya, biarlah dia menyintai Hazim dalam diam. Walaupun dia tahu, itu akan menambah luka hatinya.
Melihat betapa gembira Hazim dan pasangannya setiap hari melalui laman Facebook sudah cukup menyiksa jiwa Hasya. Setiap hari Hasya menangis dan merindu.
"Adik, cukuplah. Sampai bila nak siksa hati tu. Adik lupakan dia. Buatlah apa yang patut untuk lupakan dia"
Seorang abang yang tak tahan melihat penderitaan Hasya menasihatinya untuk melupakan Hazim..
Bukan mudah melupakan insan yang kita sayang..........
Bersambung............
0 what others might think:
Catat Ulasan