Sabtu, 18 Februari 2012

Kehilangan...

KEHILANGAN....

ketika ia dalam genggaman,
aku tak sedar akan kepentingan
betapa ia berharga,
betapa ia bermakna
kerana ia di depan mata,
ku ambil kehadirannya sambil lewa

memilikinya membuatku bangga
kerana aku punya segalanya
dia memberi perhatian dan rasa sayang
sedang aku lupa membalas rasa yang di curahkan

ketika aku masih mampu menatap wajahnya
aku leka menatap wajah dunia
ketika aku masih mampu mendengar suaranya
aku leka mendengar alunan suara dunia
ketika aku masih mampu berdiri di sebelahnya
aku memilih menjauhinya
ketika aku masih mampu menyentuhnya
aku memilih untuk tak melakukannya

akhirnya.....
aku yang merana
aku yang kecewa
aku yang menyesal

kerana kini....
ku tak lagi mampu menatap wajahnya
ku tak lagi bisa mendengar suaranya
ku tak lagi boleh berdiri di sebelahnya
dan
tangan ini tak lagi mampu menyentuhnya..

kehilangan itu membuatku sedar
menghargai insan yang ku sayang selagi aku mampu
selagi mereka bersamaku
kerana masa tak boleh di ulang semula


p/s: Menghargai setiap insan yang berada bersama kita kerana esok atau lusa, kita tak pasti adakah kita masih mampu bersama.....

0 what others might think: