Sabtu, 25 Februari 2012

Aku yang kau panggil SAYANG..


Aku Yg Kau Panggil Sayang
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Pernah Meneroka Hati Ini
Detik Kemanisan Pun Berlalu
Kemanakah Janjimu Yg Suci

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Menapak Kehala Persimpangan
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
Bila Kaukan Kembali Lagi

Korus:
Seraut Wajah Sering Ku Usap
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
Ku Digoda Rindu...Oh...

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Mungkin Kali Ini Kehilangan
Berikan Daku Saat Terakhir
Mengusap Muka Mu Oh Sayang


Love,
WAWA

Sabtu, 18 Februari 2012

Pemilik Hatiku..

Malam ni layan jiwang sat..hehe... Masa dok belek2 benda yang ada kt dalam laptop ni tetiba plak wawa terjumpa satu lagu indon... wawa sendiri tak ingat bila wawa doqnload lagu ni... tp lagu ni memang best hehehe... kiranya boleh layan la.. sesuai bai insan-insan yang berjiwa jiwang seperti wawa ni hehehe... tajuk lagu ni "Pemilik Hatiku", Armada.

Apa yang wawa nak tulis ni tak la berkaitan dengan lagu ni tapi ia berkait rapat dgn tajuk lagu ni.
"PEMILIK HATIKU"
Wawa nak tanya korang 1 soalan la kan...

Siapa sebenarnya pemilik mutlak hati kita?
Macam-macam jawapan yang bermain di dalam otak kita kan. Pastinya yang pertama adalah Allah. Dialah pemilik mutlak hati kita. Bukan setakat hati jer tau... semua yang ada pada kita adalah milik Allah.

p/s: Be thankful for what we have...

Kehilangan...

KEHILANGAN....

ketika ia dalam genggaman,
aku tak sedar akan kepentingan
betapa ia berharga,
betapa ia bermakna
kerana ia di depan mata,
ku ambil kehadirannya sambil lewa

memilikinya membuatku bangga
kerana aku punya segalanya
dia memberi perhatian dan rasa sayang
sedang aku lupa membalas rasa yang di curahkan

ketika aku masih mampu menatap wajahnya
aku leka menatap wajah dunia
ketika aku masih mampu mendengar suaranya
aku leka mendengar alunan suara dunia
ketika aku masih mampu berdiri di sebelahnya
aku memilih menjauhinya
ketika aku masih mampu menyentuhnya
aku memilih untuk tak melakukannya

akhirnya.....
aku yang merana
aku yang kecewa
aku yang menyesal

kerana kini....
ku tak lagi mampu menatap wajahnya
ku tak lagi bisa mendengar suaranya
ku tak lagi boleh berdiri di sebelahnya
dan
tangan ini tak lagi mampu menyentuhnya..

kehilangan itu membuatku sedar
menghargai insan yang ku sayang selagi aku mampu
selagi mereka bersamaku
kerana masa tak boleh di ulang semula


p/s: Menghargai setiap insan yang berada bersama kita kerana esok atau lusa, kita tak pasti adakah kita masih mampu bersama.....

Jumaat, 17 Februari 2012

The Beginning of a Life as a Practical Teacher..

How do I want to describe this feeling.. hmmm...

I am SCARED
I am NERVOUS
I am STRESS

I think those three words best describe my feeling right now... I really have no guts to go to school now because I think I am not confident to stand in front of the real PUPILS that wait for me there.

All I need now is someone to tell me that

"EVERYTHING WILL BE OKAY..."
"DON'T WORRY, YOU WILL GET THROUGH THIS"
"RELAX, YOU ARE PREPARE ENOUGH"
"I BELIEVE IN YOU"
"CHILL...ENJOY THE 10 WEEKS TIME"

Ya Allah... Permudahkanlah jalan yang bakal aku lalui...


Jiwa Celaru
Nazwa@wawa

Jumaat, 3 Februari 2012

Bulan Cinta dan Airmata...

Februari datang lagi...yay..!!!!! Ramai yang menganggap bahawa bulan ini adalah bulan yang paling sesuai untuk kita menunjukkan rasa cinta dan sayang pada insan yang bergelar kekasih. Secara umumnya, seluruh dunia melihat bulan Februari sebagai "Bulan Cinta"...

~~Bulan itu... bulan cinta~~~ Bulan itu...bulan kita..~~~ tetiba lagu ni bermain di fikiran aku pula kan...hehehe..... Macam-macam cara lah yang manusia seluruh dunia ni lakukan untuk menunjukkan rasa cinta mereka pada pasangan masing-masing kan... Bagi yang belum couple, ada yang memilih bulan ini untuk meluahkan perasaan pada si dia kan... Jadi memang tak di sangkal lagi lah, bulan Februari adalah bulan dimana penjual bunga, terutamanya bunga ROS MERAH, mencatat keuntungan paling tinggi... Coklat juga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran semata-mata untuk menyambut... BULAN CINTA...

Aku pula secara jujurnya, tak pernah pun sambut bulan cinta ni hehehe.. Selalunya aku tengok berita, tak pun baca surat khabar tentang bagaimana orang barat meraikan bulan cinta di tempat mereka..

Aku sebenarnya tak tertarik dengan sambutan bulan cinta ni, tetapi apa yang lebih menarik minat aku ialah kreativiti orang barat dalam meluahkan perasaan mereka. Bukan aku nak kata orang timur tak tahu buat macam tu.. Tapi orang barat ni berani meluahkan perasaan mereka di khalayak ramai. Mereka berani menyatakan cinta mereka agar satu dunia tahu yang mereka menyintai pasangan mereka.

Aku tak juga salahkan orang kita... Kita yang hidup di timur ni, terutamanya masyarakat Malaysia mempunyai adab yang kita perlu jaga. Kita tak boleh buat macam yang orang barat buat kerana kita terikat dengan norma yang perlu kita banggakan. Kita seharusnya perlu bangga kerana kita sejak lahir lagi di tanam dengan sikap-sikap yang mampu menjaga maruah diri dan keluarga.

Tapi tak semestinya kita tak boleh meluahkan perasaan dengan cara yang unik. Bagi yang belum kahwin, cara terbaik yang boleh di lakukan oleh seorang lelaki itu apabila dia menyukai seorang perempuan ialah menyatakan hasrat ingin menikahi perempuan itu pada keluarganya dan juga keluarga si perempuan. Be a gentleman... Adalah lebih baik kita berbuat demikian bagi mengelakkan maksiat. Kalau rasa nak buat kejutan atau tunjukkan rasa cinta pada pasangan kita, adalah lebih afdal apabila kita telah bernikah..

Kalau dah bernikah, Ya Allah, indahnya... Nak buat apa pun tak ada orang nak marah. Nak peluk ke, nak lepak tepi pantai ke, nak buat macam2 la dengan pasangan kita pun tak apa... Allah tak murka kerana hubungan kita adalah hubungan yang di halalkan oleh agama.

Bukan apa, bimbang nanti bulan cinta ni akan bertukar menjadi bulan airmata. Bulan penyesalan kerana menurut hawa nafsu semata.
Buat kawan-kawan remaja di luar sana yang masih belum berkahwin, jangan jadikan bulan Februari bulan hitam dalam hidup anda.. Jangan serahkan diri pada pasangan kita untuk membuktikan cinta.. Itu semua dusta... Lelaki yang meminta kita menyerahkan tubuh kerana inginkan kepastian cinta adalah lelaki yang dayus..(maaf kalau menggunakan perkataan yang kasar).. Lelaki sebenar tidak akan meminta perkara seperti ini.. Didalam perhubungan luar nikah pihak yang selalunya menanggung malu dan kerugian adalah PEREMPUAN....

p/s: Perhubungan yang halal itu adalah kemanisan di dalam kehidupan...