Selasa, 17 Januari 2012

Cara Meluahkan Perasaan...


Perasaan ni ada macam-macam perisa.. Tak semestinya CINTA jer kan... So ari ni aku nak bagi tips meluahkan perasaan anda semua.. Aku yakin ada orang dh praktiskan sesetengah cara yang akan aku kongsikan ni... hehe


Apa yang korang buat kalau korang rasa gembira? Aku ada cara nak luahkan kegembiraan.

1. Baring atas katil, peluk bantal pastu korang berangan atau senyum sorang-sorang sambil menghadap dinding. Mungkin ada orang yang akan cakap cara ni macam orang sewel jer kan.. Tapi, it works sometimes for those yang tak ada kawan nak kongsikan perasaan gembira korang..

2. Yang ni aku percaya ramai yang buat.. Bukan beribu tapi berjuta manusia guna kaedah ni iaitu " UPDATE STATUS KAT FACEBOOK"... korang taip jer "AKU GEMBIRA HARI INI" mesti ramai kawan-kawan yang komen pastu nak tau kenapa korang gembira.

3. Korang ambik video korang menjerit dan ketawa kegembiraan..pastu siap tulis kat kertas untuk buat penonton korang yang korang sedang bergembira dan buka gila...pastu upload kat YouTube.. For sure korang akan jadi popular pas tu...

4. Menjerit dengan kuat.. Yang ni ada 2 cara yang boleh kita guna. Pertama, tutup muka dengan bantal pastu jerit kuat-kuat... Yang kedua pula, naik la bangunan tinggi pastu jerit la kat atas tu... For sure takda sapa tau yang jerit tu adalah korang.


Perasaan kedua ialah perasaan sedih atau kecewa.... Mesti ramai yang lebih expert bab ni kan...

1. Cara pertama ialah melalui laman-laman sosial... Korang tulislah status-status sedih... Tak pun p Google lirik-lirik lagu atau sajak-sajak sedih pastu ambik rangkap yang sesuai dengan situasi korang pastu copy and paste kat status korang. Cara ni paling berkesan...sambil korang menaip tu korang menangis la depan laptop...meratapi nasib diri T_T.....

2. Cara kedua, korang carilah lagu-lagu sedih dalam laptop pastu mainkan... Korang dengar la sambil korang mengimbau kisah sedih korang... Pastu korang nangis la puas2... Bagi yang sedih sebab putus cinta tu, korang imbas la balik kenangan korang dengan dia, tengok gambar-gambar korang, SMS kiriman dari si-X...... Tapi, ada syarat, pas korang nangis-nangis tu, korang kena bertekad utk move on dan takkan menangis lagi...habiskan airmata tu sekali harung jer....

3. Cara ketiga pula.... korang cari la bilik-bilik kosong ker pastu korang nangis la dalam tu puas-puas... Bila rasa dah puas, mata pun dah bengkak... Baru la korang kuar dari bilik tu....

Aku rasa cukup dua perasaan ni dulu la...kang kalau nak bagi semua sekali tak boleh juga.... Apa-apa pun, luahkan perasaan kita, jangan pendam.. Nanti kita jadi GILA...


love,
Nazwa J.

0 what others might think: