Rabu, 18 Mei 2011

Sudah Tiba MASAnya aku lepaskan dia pergi...

Assalamualaikum....


Petang 18 Mei, 2011...bumi Sintok di basahi hujan...

Jika matahari berlabuh hari ni..maknanya tinggal 5 hari sahaja lagi aku berada di Lembah Ilmu ini...

2 tahun menuntut ilmu di Hutan Ilmu ini mengajar aku banyak perkara..

Membuat aku berjumpa dengan pelbagai jenis manusia..

Ada pahit dan ada manis kisahnya...

Sesungguhnya aku bersyukur kerana di beri peluang belajar di dua tempat sekalu gus dalam tempoh 6 tahun pengajianku...

4 tahun menghabiskan masa di IPG Kampus Pulau Pinang mengajar aku mengenai cabaran hidup yang terpaksa aku tempuh ketika tinggal di kota Metropolitan

Menjejakkan aku dan menetap di Universiti Utara Malaysia selama 2 tahun membuatkan aku sedar persekitaran sebenar belajar di UUM yang di kelilingi hutan...namun ia begitu penuh dengan ilmu yang sangat berguna kepadaku...


Meniti detik-detik terakhir di UUM membuatkan aku terimbas kembali ketika mula-mula menjejakkan kaki di bumi bertuah ini...

Pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa aku tempuhi...

Sesetengahnya hampir membuatkan aku berputus asa...

Di lembah ini jugalah aku mengenal erti sebenar sahabat...

Siapa sahabat sejati...

Siapa sahabat sebenar...

Siapa bukan sahabat....

Semuanya ku pelajari....


Dulu aku berfikir..terlalu lambat tempoh masa 2 tahun ini berlalu...namun kini bila masanya telah tiba untuk aku meninggalkan tempat ini....

Sesuatu bagai berbisik di telingaku...


"Benarkah sudah tiba masa untuk aku pergi tinggalkan tempat ini"


Satu kesakitan dan kesedihan ku rasa di dalam hatiku..

sakit kerana terlalu banyak kenangan dan pengajaran yang ku pelajari di sini

sedih kerana aku tak pasti apakah ada lagi peluang untuk aku menjejakkan kak di lembah ini....


Buat semua yang aku kenal dan mengenali aku di UUM ini...

Kalian akan tetap ku kenang...

Tempat yang memberikan aku pengajaran paling berguna di dalam hidupku...



Now that i already learned to love you....I will learn to let you go...




I know it won't be easy for me to do it... But thats the fact that I need to face...




p/s: T_T


0 what others might think: