Selasa, 19 Oktober 2010

sUrAt uNtUk BaKaL sUaMi


kehadapan bakal suamiku yang tercinta,

sesungguhnya hati ini ingin sekali berbicara sesuatu kepadamu. sesuatu yang aku tak mampu aku luahkan kepadamu jika aku berhadapan denganmu. bukan kerana aku takut atau malu, tp kerana aku takut jika suaraku ini membuatmu tak tenang hati.


wahai bakal suamiku,

aku tak mendambakan harta yang berjuta darimu. aku tidak mengharapkan istana sebagai tempat tinggal bilaku menjadi isterimu. aku tidak mengharapkan emas membaluti tubuhku. aku tidak mengharapkan sutera menjadi bajuku. aku tidak mengharapkan kereta mewah membawa ku. aku tidak mengharapkan Paris atau Australia sebagai tempat bulan madu kita. aku tidak mengharapkan kebendaan darimu...


bakal pencintaku,

apa yang aku harapkan hanyalah;

1. kau mampu menjadi imam untuk setiap waktu solatku.

2. kau mamu menyediakan rumah seadanya untuk kita berteduh

3. kau mampu menyediakan makan pakai yang cukup untuk aku dan anak2 kita

4. kau mampu menjadi seorang nakhoda kapal yang tahu hala tujuan pelayaran kita.

5. kau mampu membimbing aku dan anak2 untuk mendekati pencipta kita.

6. kau mampu mengingatkan aku tentang indahnya syurga dan sakitnya neraka.

7. kau mampu menjadi temanku yang sentiasa ada setiap masa ku memerlukan dirimu.


bakal ayah kepada anak2 ku,

tiada apa yang mampu aku janjikan kepadamu. hanya janji untuk menjadi isterimu yang setia dan taat kepada perintah Allah dan suami. andai diri ini alpa dengan keindahan dunia, kejutkanlah aku dengan bercerita tentang keindahan syurga. jika diri ini mengeluh dengan kesusahan duni, sedarkanlah aku dengan bercerita tentang azab neraka. sesungguhnya aku ini insan lemah. di cipta dari tulang rusukmu. mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok. aku mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan.


insan yang bakal bertakhta di hatiku,

sesungguhnya kau menyayangi dirimu..sayangku kepadamu kerana Allah. sayangilah aku tp jangan melebihi sayangmu kepada Allah.

0 what others might think: