Jumaat, 28 Ogos 2015

SEBAHAGIAN CIRI ORANG SENTIMENTAL

SENTIMENTAL..
Sentimental ni apa?
Pernah tak awak di label sebagai "sentimental person"
Aku pun pernah dapat label tu.. Bila difikir balik..kenapa orang label aku macam tu.. Inu jawapan yang aku dapat hasil penilaian diri sendiri.

1. Aku sukar nak lepaskan sesuatu yang penting bagi aku. Contohnya kalau ada seseorang hadiahkan coklat kat aku, aku akan simpan kulit bungkusan coklat tu. Tak pun kalau aku atau sesorang hadiahkan aku sesuatu benda yang aku atau dia dapat dengan susah payah, aku akan cuba sedaya upaya untuk cuba pastikan benda tu tak terlepas ke tangan orang lain. Sebab tu aku jarang sangat buang benda. Sebolehnya aku nak simpan selagi boleh.

2. Mudah menangis untuk benda kecil. Yang ni memang sifat aku paling ketara. Cengeng hehe. Contohnya bila tengok gambar orang tua atau terbaca cerita pasal orang tua aku mudah sangat tersentuh. Ataupun bila aku tgk gambar penganiayaan haiwan aku mudah sangat menangis terutamanya bila binatang tu kucing. Sebab tu la aku suka sangat bela kucing. Kalau boleh semua kucing jalanan tu aku nak bawa balik. Aku pernah beli ikan semata-mata nak bagi makan kucing yang mengiau meminta belas dari peniaga ikan kat pasar. Sorg pun peniaga ikan tu tak ambik peduli.

3. Mudah sangat berkecil hati. Walaupun aku jarang luahkan bila aku berkecil hati sebab selalunya aku akan pendam perasaan sendiri. Ada perbuatan atau kata-kata orang sekeliling yang buat aku berkecil hati.

Ini diantara 3 ciri yang mungkin ada pada orang yang sentimental. Tapi tak sama ye..

Rabu, 26 Ogos 2015

KENAPA AKU NAK JADI GURU? TAPI.......

 Dulu wawa suka sangat jadi Guru. Tiap kali cegu tanya cita-cita nak jadi apa mesti jawapannya guru. Sebab bagi wawa guru ni ada aura yang lain macam. Tak mudah nak membentuk seorang budak menjadi manusia. Tugas memanusiakan manusia ni bukan satu keja main-main yang kita boleh buat sambil lewa.

"A doctor can kill a patient. But a teacher can kill a nation"
Kata yang diucap oleh seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru ini menjadi satu azimat menguatkan semangat untuk menjadi guru.Pelbagai ilmu di timba untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pendidik.
Namun indah khabar dari rupa. Tugas utama seorang guru bukan lagi pendidik tetapi menjadi penjaga fail...kerani..dan macam2 lagi. 

Hmmmmmm..... Kadang timbul rasa kesal. Bukan kesal menjadi guru tapi kesal kerana tugas mendidik telah jatuh ke tangga nombor 2. 



Selasa, 25 Ogos 2015

Soalan utama yang patut dielakkan pada pasangan baru berkahwin.

Selamat petang dunia hehe.. Lama tak jenguk blog ni. Dh bersawang n berhabuk dah rasanya. Hehe

Petang ni rasanya xda nak cakap benda yg serius. Biasalah..blog ni blog personal. Jadinya cerita personal jer la hehe.

Wawa nak bagi nasihat sikit la kat orang2 kt luar tu... terutama yang suka sangat tanya pasal anak pada pengantin baru. Tolonglah hentikan. Tak payah nak tanya pasal anak atau buat andaian kononnya si isteri tu dah mengandung. 
Contoh soalan yang patut dielakkan ialah:
  1. Dah ada isi ke?
  2. Bila due?
  3. Due kita sama ek?
  4. Bila nak tambah ahli?
  5. Tak sunyi ke dok berdua jer?
  6. Agak2 tahun depan bertiga la kan?
Dan macam2 soalan lagi yang bertanyakan soal anak. 
Well..... HELLO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
Tolonglah jaga hati orang sikit. Mentang2lah awak tu dah ade 2 atau 3 org anak dan mungkin awak sedang mengandung, boleh tak kalau jaga hati orang sikit? Memanglah awak tak ada niat nak sakitkan hati org tu tapi boleh fikir tak sebelum tanya atau cakap sesuatu?
Awak ingat anak tu hari ni buat esok dapat??????
Awak ingat saya ke yang tentukan hari n bulan bila nak dapat anak?
Awak..awak....awak....awak... ingat saya taknak anak ker????????????
Saya pun menunggu dan tak henti berdoa tau tak?????

Soooooooooo..... Tolonglah hentikan bertanya soalan. Kita tak tahu samada soalan tu di terima secara positif atau negatif oleh seseorang. Jangan salahkan org itu bila terima soalan kamu secara negatif sebab kamu tak tahu apa yang bermain di fikiran org itu. 

Benda macam ni tak boleh buat gurau. Carilah point lain nak buat gurau.