Ahad, 30 Disember 2012

PeSan Bagi Rakan-Rakan Muslim Dari Semenanjung...

Baru-baru ni Wawa p Kundasang...ada trip free dgn makcik hehehe.... sejuk kooo kat sana....
bukan trip ni yang wawa nak cetakan kat sini... wawa nak ceta pasal satu makanan yang tidak halal untuk kita makan bagi seorang muslim...

ia adalah

SINALAU BAKAS...

atau

dalam bahasa melayunya

DAGING KHINZIR BAKAR.

just nak kongsi dan bagitau rakan-rakan, kalau jalan-jalan p sabah ni, jangan la beli benda ni yer... dorang jual kat tepi-tepi jalan. Wawa buat entry ni sebab ada peristiwa di mana ada pelancong dari luar Sabah terbeli benda ni dan ada yang termakan kerana menyangka ia adalah daging salai biasa dan bukan Bab*....

Cinta Terpendam part 2

Sedih apabila insan yang di sayang rupanya milik orang, Hasya meneruskan hidup seperti biasa. Terus mengukir senyuman walau hatinya retak seribu. Hasya cuba menerima kehadiran insan lain namun ia masih tak mampu melupakan Hazim. Cintanya pada Hazim tetap utuh.

Hasya cuba lari dari Hazim. Hasya menukar nombor telefon bagi mengelakkan Hazim untuk menghubunginya. Namun setiap hari hatinya meronta untuk bertanyakan khabar Hazim. "Sihatkah dia? Bahagiakah dia? Bagaimana agaknya dia sekarang?" Hasya ingin tahu segala-galanya...

"Dia milik orang" bentak hatinya. Dia tidak mahu di gelar perosak hubungan. Hinggalah pada satu hari, setelah 3 tahun berlalu, Hasya nekad untuk tidak mengikuti perkembangan Hazim. Hanya setelah 3 tahun hatinya menangis setiap hari setiap kali membuka Facebook Hazim, Hasya nekad untuk berhenti. Berhenti untuk melihat Facebook Hazim dan pasangannya. "Cukup setakat ini Hasya" bisik hatinya. "Biarlah aku hanya menyintai dia dalam diam. Cukup hanya aku dan Allah yang tahu perasaanku padanya"

Hasya melalui hari-harinya seperti biasa. Sehinggalah pada suatu hari, Hazim menghantar pesanan di Facebook mengucapkan Selamat Hari Raya.... Gerak hati Hasya ingin menghubungi Hazim. Hasya memberikan no telefonnya pada Hazim. Sejak hari itu mereka mula berhubung semula.

Saling berbalas pesanan ringkas, perasaan cinta pada Hazim mekar kembali. Namun Hasya pendamkan kerana mengingatkan Hazim adalah milik orang. Walau bukan bergelar kekasih, cukup sebagai kawan sudah membahagiakan.

Sehinggalah pada satu hari Hasya menerima pesanan ringkas dari Hazim

"Hasya....jom kawen"
"Hah? Hazim serius ker ni"
"Yer... Hazim serius"
..............................................

Bersambung.................

Cinta Terpendam

Empat tahun lalu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Hasya tidak menyangka perkenalannya dengan jejaka bernama Hazim akan membuahkan perasaan sayang dan cinta pada lelaki itu. Perkenalan diatas dasar kawan itu memberikan Hasya peluang mengenali Hazim dengan lebih dekat. Jejaka perahsia itu menyimpan terlalu banyak rahsia sehinggakan Hasya sukar meneka setiap perkara tentang dirinya.

Hasya senang dengan kehadiran Hazim dalam hidupnya. Kini dia punya teman yang sentiasa mendengar setiap keluhannya. Teman yang hadir tika suka dan duka. Dalam diam perasaan sayang mula timbul di dalam hatinya buat Hazim.

Hasya ingin meluahkan perasaannya, tetapi takut di gelar perigi mencari timba. Pelbagai persoalan timbul di benak hatinya. "Bagaimana kalau dia sudah berpunya?", "Bagaimana kalau dia hanya menganggap aku sebagai seorang kawan dan tidak lebih dari itu?". Hasya terperangkap dalam persoalan yang membelenggu.

Hasya selalu memerhatikan Facebook milik Hazim. Kala rindu mendatang, cukup dengan melihat gambar Hazim sudah cukup untuk mengubati rindunya pada jejaka itu. Senyuman terukir setiap kali menerima ucapan "Hai" dari Hazim melalui aplikasi Chatting di Facebook.

Perasaan indah itu berterusan. " Aku bahagia menyintaimu dalam diam" bisik hati Hasya. Sehinggalah pada suatu hari, senyuman itu di ragut apabila Hazim memuat naik gambar seorang wanita yang ternyata adalah kekasih hati Hazim. Sedih.....terlalu sedih hati Hasya. Jejaka yang di puja selama ini rupanya telah berpunya. Airmata menitis namun hatinya mendoakan yang terbaik bagi Hazim.
"Ya Allah, Kau bahagiakan dia. Andai wanita itu mampu membahagiakan dia, aku redha."


Hasya meluahkan isi hatinya pada abangnya. Betapa hatinya hancur melihat kebenaran di depan mata.
"Adik, kalau adik benar-benar cinta dan sayangkan dia, doakan kebahagiaan dia. Mungkin sudah tertulis dia bukan untukmu. Luahkan perasaan sedih pada Allah...minta Dia berikan kekuatan pada hati untuk menerima ketentuan itu"

Walau hatinya sedih, walau cinta hatinya milik wanita lain, Hasya tetap tabah. Cuba untuk menerima kebenaran. Namun Hasya tidak pernah mencuba untuk membunuh rasa cintanya pada Hazim. Baginya, biarlah dia menyintai Hazim dalam diam. Walaupun dia tahu, itu akan menambah luka hatinya.

Melihat betapa gembira Hazim dan pasangannya setiap hari melalui laman Facebook sudah cukup menyiksa jiwa Hasya. Setiap hari Hasya menangis dan merindu.

"Adik, cukuplah. Sampai bila nak siksa hati tu. Adik lupakan dia. Buatlah apa yang patut untuk lupakan dia"
Seorang abang yang tak tahan melihat penderitaan Hasya menasihatinya untuk melupakan Hazim..

Bukan mudah melupakan insan yang kita sayang..........

Bersambung............

Rabu, 5 Disember 2012

Hati Ini Menderita...


Bismillahirrahmanirrahim.....

Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. 


Hati...tidak siapa tahu. 
Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. 
Kepada yang Haq ia berbicara. 
Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. 
Bicara pada manusia juga tidak mengurang resah.


HIDUP ini adalah suatu perjalanan. 
Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... 
Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. 
Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. 
Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. 
Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. 
Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. 
Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.

~~Wordless Wednesday~~!!