Teruslah melangkah, di hujung jalan pasti ada sinar.
Dalam meniti laluan kehidupan,
Adakala kaki tersadung pada akar-akar banir yang besar dan berselirat,
Dek kerana jauhnya mata memandang ke hadapan,
Atau pekatnya malam yang tidak bercahaya.
Tapi jatuh sekali bukan bermakna selamanya akan duduk mengaduh,
Menyesali keterlekaan,
Mengubati luka di kaki.
Jatuh dan bangunlah.
Teruslah memandang ke hadapan,
Dan teruslah melangkah sekalipun disakiti onak dan duri,
Sekalipun terpaksa meniti laluan sempit bersendiri,
Melalui hutan belukar yang penuh merabahaya tersembunyi,
Sekalipun terpaksa meniti batuan licin yang memungkinkan jatuh lagi.
Kerana tiada siapa tahu apa yang ada di hadapan.
Kerana sekalipun sepanjang jalan itu berliku,
Melelah dan meresahkan,
Di hujung jalan pasti ada sinar,
Di hujung penantian pasti ada bahagia.
Kalau tak nampak di dunia,
Di syurga Allah nanti pasti,
Insya-Allah.
Ini adalah tulisan dari blog adik Noor Victory..