Jumaat, 3 Februari 2012

Bulan Cinta dan Airmata...

Februari datang lagi...yay..!!!!! Ramai yang menganggap bahawa bulan ini adalah bulan yang paling sesuai untuk kita menunjukkan rasa cinta dan sayang pada insan yang bergelar kekasih. Secara umumnya, seluruh dunia melihat bulan Februari sebagai "Bulan Cinta"...

~~Bulan itu... bulan cinta~~~ Bulan itu...bulan kita..~~~ tetiba lagu ni bermain di fikiran aku pula kan...hehehe..... Macam-macam cara lah yang manusia seluruh dunia ni lakukan untuk menunjukkan rasa cinta mereka pada pasangan masing-masing kan... Bagi yang belum couple, ada yang memilih bulan ini untuk meluahkan perasaan pada si dia kan... Jadi memang tak di sangkal lagi lah, bulan Februari adalah bulan dimana penjual bunga, terutamanya bunga ROS MERAH, mencatat keuntungan paling tinggi... Coklat juga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran semata-mata untuk menyambut... BULAN CINTA...

Aku pula secara jujurnya, tak pernah pun sambut bulan cinta ni hehehe.. Selalunya aku tengok berita, tak pun baca surat khabar tentang bagaimana orang barat meraikan bulan cinta di tempat mereka..

Aku sebenarnya tak tertarik dengan sambutan bulan cinta ni, tetapi apa yang lebih menarik minat aku ialah kreativiti orang barat dalam meluahkan perasaan mereka. Bukan aku nak kata orang timur tak tahu buat macam tu.. Tapi orang barat ni berani meluahkan perasaan mereka di khalayak ramai. Mereka berani menyatakan cinta mereka agar satu dunia tahu yang mereka menyintai pasangan mereka.

Aku tak juga salahkan orang kita... Kita yang hidup di timur ni, terutamanya masyarakat Malaysia mempunyai adab yang kita perlu jaga. Kita tak boleh buat macam yang orang barat buat kerana kita terikat dengan norma yang perlu kita banggakan. Kita seharusnya perlu bangga kerana kita sejak lahir lagi di tanam dengan sikap-sikap yang mampu menjaga maruah diri dan keluarga.

Tapi tak semestinya kita tak boleh meluahkan perasaan dengan cara yang unik. Bagi yang belum kahwin, cara terbaik yang boleh di lakukan oleh seorang lelaki itu apabila dia menyukai seorang perempuan ialah menyatakan hasrat ingin menikahi perempuan itu pada keluarganya dan juga keluarga si perempuan. Be a gentleman... Adalah lebih baik kita berbuat demikian bagi mengelakkan maksiat. Kalau rasa nak buat kejutan atau tunjukkan rasa cinta pada pasangan kita, adalah lebih afdal apabila kita telah bernikah..

Kalau dah bernikah, Ya Allah, indahnya... Nak buat apa pun tak ada orang nak marah. Nak peluk ke, nak lepak tepi pantai ke, nak buat macam2 la dengan pasangan kita pun tak apa... Allah tak murka kerana hubungan kita adalah hubungan yang di halalkan oleh agama.

Bukan apa, bimbang nanti bulan cinta ni akan bertukar menjadi bulan airmata. Bulan penyesalan kerana menurut hawa nafsu semata.
Buat kawan-kawan remaja di luar sana yang masih belum berkahwin, jangan jadikan bulan Februari bulan hitam dalam hidup anda.. Jangan serahkan diri pada pasangan kita untuk membuktikan cinta.. Itu semua dusta... Lelaki yang meminta kita menyerahkan tubuh kerana inginkan kepastian cinta adalah lelaki yang dayus..(maaf kalau menggunakan perkataan yang kasar).. Lelaki sebenar tidak akan meminta perkara seperti ini.. Didalam perhubungan luar nikah pihak yang selalunya menanggung malu dan kerugian adalah PEREMPUAN....

p/s: Perhubungan yang halal itu adalah kemanisan di dalam kehidupan...

0 what others might think: