Isnin, 7 November 2011

Need your OPINION regarding this matter....


Tahun ni dah masuk 6 tahun aku pakai plan prepaid utk phone
(ok..aku mmg lambat dapat hp sendiri k..hehe)
So cadangnya, aku nak tukar angin la plak kan.. Bosan dah topup2 ni...
Tiap kali habis kredit, thegeh-hegeh cari kedai reload..pastu thegeh-hegeh masukkan no topup kan

Jadinya, aku bercadang untuk tukar kepada plan POSTPAID..
Tapi, masalahnya..aku x la tahu sangat plan telco yang mana yang best..
Best maknanya kat sini...

1. Murah
memandangkan aku ni still di gelar "Pelajar Guru" oleh pensyarah2 di IPG ni, so aku kena cari plan yang murah kerana tidak mampu membayar bil yang mahal dgn elaun yang di bekalkan oleh BPG setiap 6 bulan sekali.

2. Banyak keistimewaan.
aku mmg kena cari plan yang boleh wat call free atau sms free.. Ini kerana, aku adalah seorang remaja ( remaja lg ar...jiwa aku masih 17thun walaupun dh berumur tet......) yang suka bcakap dan meluahkan masalah pada insan yang.........(faham2 la yer)

Ini adalah antara kriteria telco yang aku cari...
Aku ada jugak la wat research sikit kan... tgk2 offer syarikat2 utama telco ni...
Tp still x blh wat pilihan..kerana..semua benda nampak indah atas paper kan...
Tp bila nk guna tu, mcm2 perkara blh jadi


so saya meminta jasa baik kawan2 semua yang ada pengalaman menggunakan mana2 perkhidmatan postpaid telco2 ni...silalah memberi pandangan anda untuk membantu saya membuat pilihan yang terbaik...

Sabtu, 5 November 2011

Aku dan Dia dah PUTUS..... :(


Aku dan Dia dah PUTUS..... :(


Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”


“kenapa?”


“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”


“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”


“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”


“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”



selepas setahun.


“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”


“kenapa? apa yang dah jadi…?”


“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”


“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”


“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”


“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”


“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”



beberapa bulan kemudian


“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”


“kau ada jawapan?”


…senyum “ada…mudah.”


“apa dia?”


“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”


“kongsi lah…”


“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”


“maksud kau?”


“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”


“teruskan aku dengar…”


“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.


Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”


“so sekarang?”


“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”


“lelaki?cinta?”


“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”


“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”


“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.


Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”



p/s : Semoga bermanfaat


MANUSIA :


BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain

PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain


BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Jumaat, 4 November 2011

Ceritanya Begini.....

Kala ku renung bulan pada malam itu..
ku sedar cahayanya malap..
tidak berseri seperti ku lihat ia sebelum ini

Ku bertanya pada bintang..
mengapa bulan seakan bersedih..
mengapa ia tak berseri

Bintang yang ku tanya berkata
kerana ia merindukan pungguk
yang turun ke bumi mencari bunga kesukaannya
dan hingga hari ini tak kunjung tiba

Ketika ku berjalan menuju ke pergunungan
ku bertemu Sang Pendita khusyuk bercerita
ceritanya tentang seorang wanita
yang cintanya tak kesampaian..dek halangan
yang bertubi-tubi datang

Wanita itu berjuang habis-habisan
mempertahankan cintanya
tapi sayang...dia berseorangan
dan akhirnya dia terkorban
dalam perjuangan cinta yang tiada pengakhiran

Cerita bulan dan wanita itu membuat aku tersedar
Cinta tak seindah yang di gambar
Tak semanis yang di bayangkan

Jatuh cinta bermakna
Kita terbuang ke lembah jerangkap samar
Tersalah langkah nyawamu di sambar