Ahad, 21 Ogos 2011

Kenapa Lelaki Cari Lain.??

pagi ni tetiba plak aku terasa mau menulis pasal satu fenomena( yaka? ntah la. xa dapat cari perkataan yang sesuai) lelaki yang dah ada bini tetapi masih ada GF..bukan sorang tetapi berorang-orang.


kadang2 kita tak juga boleh salahkan si suami dlm hal ni. aku rasa dalam hal suami pasang lain ni isteri pun blh jadi salah satu punca yang utama. of course la orang akan simpati pada si isteri sbb perempuan ni di gambarkan sebagai insan yang lemah dan selalu menjadi mangsa.

si suami pula akan menjadi papan dart dimana semua orang akan menuding jari kepada si suami sebagai punca masalah.

aku ada ramai kawan2 yang kebanyakannya suami orang yang ada gf lain dan isteri orang yang ada masalah yang sama.

bila aku tanya pihak suami, kenapa cari ppuan lain..jawapan mereka ialah:

1. isteri dah berubah.
dulu sebelum kawin, bila keluar berjalan isteri mesti pakai cantik2. bersolek elok2. penampilan diri pun ok. jadi aku tak la mau bila terserempak dgn kawan2. tp kang ni bila dh kawin, isteri dah x mcm dlu. bersoleh pun tidak. pakai baju pun simple jer. aku malu bila terserempak dgn kawan2.

2. isteri menolak utk melayan.
yang ni pun salah satu punca utama. isteri menolak bila suami inta di layan terutamanya bila dah ade anak sorg. kekadang alasan yang di beri tu tak munasabah. aku pernah dengar orang ckp, lelaki ni klu dapat layanan first class dari isteri, dia takkan cari lain lagi. buat apa dia cari ppuan lain kt luar klu kt dalam umah tu yang halal menunggu.

banyak lagi sebab lain yang aku terima. tp aku tak payah la dedahkn semua. bukan aku nak menyebelahi pihak lelaki. tp seharusnya wanita juga kena cermin diri. bila pasangan kita ada ppuan lain, perkara pertama yang kita kena lihat ialah diri kita. apa kekurangan kita, apa yang kita buat tak kena dgn selera suami.
bila kia dah cermin diri kita perbaiki kelemahan kita.

kepada wanita di luar sana, penampilan diri tu penting. pandangan lelaki berbeza dari wanita. mereka melihat lebih kepada aspek fizikal. perbaiki diri kita.

2 what others might think:

Tanpa Nama berkata...

awak rasa awak dah cukup berpengalaman kah dalam hal sebegini...shida

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang kita terasa sunyi bila perempuan tiba-tiba kata bz dgn hal itu lah ini lah. kalau setakat sehari dua kire ok lg tp klu dah berhari-hari jgn tanye la kalau lelaki keluar malam dgn kawan2