Ahad, 22 Mei 2011

Cukup Setahun Awak Abaikan Saya...






awak....


saya lahirkan kata hati di sini

kerana tak mampu luahkan


secara berdepan pada awak...






tanpa kita sedar...


dah setahun lebih kita bersama


teringat pertama kali


waktu kita berkenalan






perkenalan yang tak pernah kita rancang


ucapan Salam menjadi titik permulaan


2 hati bertaut menyulam janji


2 jiwa bertemu menyemai sayang






namun tak semuanya indah kan


terkadang awak hilang...tanpa jejak


tinggalkan saya dengan tanda tanya


kerinduan yang menggunung tingginya






setahun awak abaikan saya

tanpa bertanyakan khabar walau sekali

namun saya pertahankan rasa cinta yang saya miliki


kerana mengenangkan awak insan yang saya sayang






setahun saya cuba teruskan hidup


bertekad untuk lupakan awak...


ubati luka hati saya sendiri


tapi awak............saya tak mampu






satu hari saya nekad untuk mengakhiri semuanya


lupakan kenangan dengan awak...


saya buang semua gambar awak

saya buang no telefon awak...






pada waktu itu...


saya berjanji pada diri sendiri

andai ini yang awak mahukan


untuk saya melupakan awak


akan saya tunaikan






tapi.....saat saya hampir lupakan awak


awak muncul kembali....dalam hidup saya..

awak merayu...menagih cinta yang dulu






kali pertama bertemu awak...


setelah setahun lamanya awak menghilang...


hati saya meronta ingin menyatakan


betapa rindunya saya pada awak...






rindu mendengar suara awak...

melihat senyuman awak...

semua terbalas pada hari itu






awak luahkan penyesalan

atas pengabaian yang awak lakukan


"awak, maafkan saya..saya menyesal kerana mengabaikan awak..."


"awak terlalu baik....awak tak pernah merungut walau saya yang salah"


"maafkan saya...saya berjanji akan menjaga awak mulai hari ini"






awak.......


kenapa baru sekarang awak sedar???


kenapa hanya selepas setahun baru awak nampak???

kenapa selama ni awak tak hargai kehadiran saya...






kenapa awak muncul ketika saya hampir lupakan awak??


apa tujuan awak sebenarnya??


awak betul-betul ikhlas ke???


atau awak cuma ingin menambah luka lama???






awak memang pandai memujuk


hati mana yang tak tersentuh

bila melihat awak bersungguh-sungguh?






awak......

cukuplah setahun awak abaikan saya....


tolong hargai peluang kedua ini awak...

tolong hargai saya dan cinta yang saya beri...


cukuplah awak.....

0 what others might think: