Rabu, 16 September 2015

Kehadiran Seakan TAK DIHARGAI. Mungkinkah nanti kehilangan DIRINDUI?

Assalamualaikum. Kehadiran tak dihargai, mungkinkah kehilangan nanti akan dirindui? Persoalan yang sering bermain dalam fikiran Wawa. 

Dalam beberapa minggu ni tidur tak lena. Tiap malam terjaga dari tidur sebab kedua-dua belah tangan dari paras siku sampai hujung jari sakit. Nak kata cramp tak juga. Cuma sakit yang teramat. Jam 2 atau 3 pagi mesti terjaga. Kalau dah sakit tu sampai pagi tak tido tahan sakit. Kadang-kadang tido duduk sebab nak tahan sakit tangan ni. Ujian kan. Banyak sangat dosa ni. Sebab tu Allah bagi sakit nak hapuskan dosa sebelum pergi menghadap Dia. 

Berbahagialah orang yag tidurnya lena. Hidupnya gembira. Sesiapa pembaca blog Wawa yang kenal Wawa, disini Wawa nak minta maaf kalau wawa ada buat salah kat semua yer. Ajal maut kita tak tahu bila datangnya hehe. 

Setiap hari kita bangun dengan harapan ada khabar indah yang menanti kita. Kadang kita dihidang dengan khabar seindah purnama. Kadang pula khabarnya membawa derita. Tapi kita tak ada pilihan untuk tidak menghadapinya. Sepayah mana kita tetap bangkit dari tilam dan bersedia berhadapan dengan apa juga kesulitan yang datang. Hampir setiap hari kita dihidang dengan ujian. Sedar tak sedar kita jadi manusia yang kebal.

Berdiri sendiri tanpa bantuan dari sesiapa. Sakit perih semua kita simpan.Kadang kita cemburu melihat orang sekeliling ada pembantu memikul beban. Paling tidak pun ada pendengar setia disisi. Tapi kita hanya seorang diri.

Secara fizikalnya pembantu kita itu ada. Tapi tak berhubung dengan kita.

Kita berlindung dibalik tangisan. Meratapi sepi seorang diri.
 

Jumaat, 28 Ogos 2015

SEBAHAGIAN CIRI ORANG SENTIMENTAL

SENTIMENTAL..
Sentimental ni apa?
Pernah tak awak di label sebagai "sentimental person"
Aku pun pernah dapat label tu.. Bila difikir balik..kenapa orang label aku macam tu.. Inu jawapan yang aku dapat hasil penilaian diri sendiri.

1. Aku sukar nak lepaskan sesuatu yang penting bagi aku. Contohnya kalau ada seseorang hadiahkan coklat kat aku, aku akan simpan kulit bungkusan coklat tu. Tak pun kalau aku atau sesorang hadiahkan aku sesuatu benda yang aku atau dia dapat dengan susah payah, aku akan cuba sedaya upaya untuk cuba pastikan benda tu tak terlepas ke tangan orang lain. Sebab tu aku jarang sangat buang benda. Sebolehnya aku nak simpan selagi boleh.

2. Mudah menangis untuk benda kecil. Yang ni memang sifat aku paling ketara. Cengeng hehe. Contohnya bila tengok gambar orang tua atau terbaca cerita pasal orang tua aku mudah sangat tersentuh. Ataupun bila aku tgk gambar penganiayaan haiwan aku mudah sangat menangis terutamanya bila binatang tu kucing. Sebab tu la aku suka sangat bela kucing. Kalau boleh semua kucing jalanan tu aku nak bawa balik. Aku pernah beli ikan semata-mata nak bagi makan kucing yang mengiau meminta belas dari peniaga ikan kat pasar. Sorg pun peniaga ikan tu tak ambik peduli.

3. Mudah sangat berkecil hati. Walaupun aku jarang luahkan bila aku berkecil hati sebab selalunya aku akan pendam perasaan sendiri. Ada perbuatan atau kata-kata orang sekeliling yang buat aku berkecil hati.

Ini diantara 3 ciri yang mungkin ada pada orang yang sentimental. Tapi tak sama ye..

Rabu, 26 Ogos 2015

KENAPA AKU NAK JADI GURU? TAPI.......

 Dulu wawa suka sangat jadi Guru. Tiap kali cegu tanya cita-cita nak jadi apa mesti jawapannya guru. Sebab bagi wawa guru ni ada aura yang lain macam. Tak mudah nak membentuk seorang budak menjadi manusia. Tugas memanusiakan manusia ni bukan satu keja main-main yang kita boleh buat sambil lewa.

"A doctor can kill a patient. But a teacher can kill a nation"
Kata yang diucap oleh seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru ini menjadi satu azimat menguatkan semangat untuk menjadi guru.Pelbagai ilmu di timba untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pendidik.
Namun indah khabar dari rupa. Tugas utama seorang guru bukan lagi pendidik tetapi menjadi penjaga fail...kerani..dan macam2 lagi. 

Hmmmmmm..... Kadang timbul rasa kesal. Bukan kesal menjadi guru tapi kesal kerana tugas mendidik telah jatuh ke tangga nombor 2. 



Selasa, 25 Ogos 2015

Soalan utama yang patut dielakkan pada pasangan baru berkahwin.

Selamat petang dunia hehe.. Lama tak jenguk blog ni. Dh bersawang n berhabuk dah rasanya. Hehe

Petang ni rasanya xda nak cakap benda yg serius. Biasalah..blog ni blog personal. Jadinya cerita personal jer la hehe.

Wawa nak bagi nasihat sikit la kat orang2 kt luar tu... terutama yang suka sangat tanya pasal anak pada pengantin baru. Tolonglah hentikan. Tak payah nak tanya pasal anak atau buat andaian kononnya si isteri tu dah mengandung. 
Contoh soalan yang patut dielakkan ialah:
  1. Dah ada isi ke?
  2. Bila due?
  3. Due kita sama ek?
  4. Bila nak tambah ahli?
  5. Tak sunyi ke dok berdua jer?
  6. Agak2 tahun depan bertiga la kan?
Dan macam2 soalan lagi yang bertanyakan soal anak. 
Well..... HELLO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
Tolonglah jaga hati orang sikit. Mentang2lah awak tu dah ade 2 atau 3 org anak dan mungkin awak sedang mengandung, boleh tak kalau jaga hati orang sikit? Memanglah awak tak ada niat nak sakitkan hati org tu tapi boleh fikir tak sebelum tanya atau cakap sesuatu?
Awak ingat anak tu hari ni buat esok dapat??????
Awak ingat saya ke yang tentukan hari n bulan bila nak dapat anak?
Awak..awak....awak....awak... ingat saya taknak anak ker????????????
Saya pun menunggu dan tak henti berdoa tau tak?????

Soooooooooo..... Tolonglah hentikan bertanya soalan. Kita tak tahu samada soalan tu di terima secara positif atau negatif oleh seseorang. Jangan salahkan org itu bila terima soalan kamu secara negatif sebab kamu tak tahu apa yang bermain di fikiran org itu. 

Benda macam ni tak boleh buat gurau. Carilah point lain nak buat gurau. 

Jumaat, 2 Januari 2015

Kerinduan Suami Isteri


"Aku nia mungkin lupo kak engkau
Ensan pan betiru kau nyaun ensedi ku"

Ni lirik lagu bajau.. maksudnya

"Saya tak mungkin lupakan abang
walau sekarang ni abang tiada di sisi.


Sayu.... sedih lirik lagu ni. Wawa baru balik dari Perlis.. balik utk teruskan kerja disini. Tinggalkan En. Suami kat sana.

Sayu bila En. Suami kata sunyi. Sedih bila En. Suami kata dia rasa kosong bila isteri tiada di sisi.

Aduhai En. Suami..... Benarlah kata orang, tempat seorang isteri itu adalah di sisi suami. 

Sabar ya Sayang.. isteri mu ini mencuba sebaik mungkin utk kuat demi kamu. 
Mungkin abang tak terlihat titis airmata saat abang meluahkan kerinduan. Namun getar suara menahan sebak isteri mu ini tetap terdengar olehmu. Betapa sukar isterimu ini menelan tangis dan tertawa bersamamu utk menghiburkan hatimu yang sedang sedih. 

Suamiku.. akan tiba nanti satu ketika kita tak perlu berpisah begini lagi. Walau tak pasti bila, namun ku yakin Allah telah mengatur hidup kita sebaiknya. 

Jumaat, 26 Disember 2014

STATUS BERTUKAR

Tahun 2014 bakal melabuhkan tirai dalam sedikit masa lagi. Bermacam-macam aktiviti yang kita lakukan untuk menutup tahun 2014 ni. 
Wawa pun ade story nak kongsi, tapi sebelum tu sama-sama kita panjatkan doa buat saudara kita di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir.

okay.... tahun 2014 ni banyak memberi cabaran pada wawa. cabaran hidup yang pastinya kadangkala membuatkan wawa rasa macam nak give up..

tapi dalam masa yang sama, 2014 menghadirkan ramai insan-insan yang menyayangi wawa dan memberi semangat kat wawa untuk tempuhi cabaran yang datang. 

cakap pasal insan yang hadir dalam hidup wawa pada tahun 2014 ni, dia ialah seorang rakan yang sangat memahami. seorang kawan yang wawa kenal sejak tahun 2007. dulu kawan ni banyak mendengar dan memberi nasihat pada wawa. tapi setakat tu jer la sebab dia pn ade girlfriend time tu. 

kawan ni jugak tak pernah hilang dalam hidup wawa walaupun wawa dh banyak kali menghilang dari hidup dia. 

sekarang, kawan ni dh bertukar gelaran dan status taw. dia bukan lagi KAWAN wawa tapi SUAMI wawa... (wink....wink)

...My best friend is now My Husband...


Now... he is the only man in my life. Not only for today...but forever...



Love,
Nazwa@wawa

Isnin, 8 Disember 2014

I Just Want To Be ALONE.


There are times when alone is the best place to be.
I really need to be alone. Life right now is just to cruel to me. I want to run away from all the people and problems.