Jumaat, 20 Julai 2012

Alhamdulillah Ya Allah.....



Alhamdulillah Ya Allah
Sekali lagi Kau temukan dengan RamadanMu
Jika selama ini Ramadan aku sambut berseorangan tanpa keluarga
Hanya berteman rakan-rakan seperjuangan
Tapi Ramadan tahun ini aku berpeluang menyambutnya bersama seluruh ahli keluargaku

Setelah 6 tahun kami berjauhan setiap kali Ramadan
Kali ini Kau satukan kami kembali...

Ya Allah,
Jika ini Ramadan ku yang terakhir
Kau kuatkanlah aku untuk mengharungi Ramadan ini
Kau tetapkanlah hati ku agar hati ini sentiasa ingin bermunajat denganMu
Lembutkanlah hati ku agar aku sentiasa beramal di bulam mulia ini

Ya Allah,
Berkatilah Ramadan kami....




Rabu, 18 Julai 2012

Bayar Hutang tu WAJIB!!!!!

Dari Abi Hurairah r,a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa berbuat zhalim kepada saudaranya yang seiman dari hartanya atau sebagian dari itu, maka hendaklah ia menyelesaikannya pada hari ini (di dunia) sebelum datang hari dimana dinar dan dirham tidak memberi manfaat apa-apa. Bila ia mempunyai amal soleh maka amal tersebut diberikan kepada saudaranya yang dizaliminya. Namun jika ia tidak memiliki amal soleh maka dosa yang dizaliminya, ditimpakan kepadanya."
(H.R Bukhari - Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud)


Membayar hutang kepada orang yang kita minta hutang tu kan wajib. Tapi kenapa bila dah di minta kita seperti mengelak. Tak mau membayar hutang. Tapi tak apa. Dunia ni BULAT.

Tak halal setiap sen duit mereka selagi hutang mereka belum dilangsaikan. Orang pun nak guna duit jugak. Dah minta cara elok pun boleh buat tak tahu jer. buat bodoh jer.

Tapi tak pe lah. Tak halal duit yang di pinjam tu....

Jahat sangat ker macam tu hmmmm....

Sabtu, 14 Julai 2012

Mencintai Insan berpaksikan Cinta Allah....

Lelaki Yang BAIK adalah lelaki yang PALING BAIK terhadap isterinya...
Siapa yang tak nak seorang suami yang baik kan
Suami yang menjaga kebajikan kita
Suami yang tahu melayan kehendak kita
Suami yang sentiasa meluahkan dan mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada kita....

cakap pasal meluah dan mengungkapkan rasa sayang.......
sebenarnya ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk meluahkan rasa cinta dan sayang pada seseorang
terbaca di dalam sebuah buku
tentang bagaimana seorang suami yang sederhana
yang hanya mampu menyediakan keperluan asas yang sederhana kepada isterinya
keluarga ini sering di pandang serong kerana kemiskinan mereka
si isteri di pinggirkan oleh rakan-rakannya kerana
TIDAK SETANDING DENGAN MEREKA

namun keluarga ini tetap bahagia
pasangan suami isteri ini sentiasa gembira
pada suatu hari, seorang rakan terserempak dengan si isteri
lalu si isteri mengajak rakannya singgah ke rumah
sedang asyik berborak, si rakan terlihat sebuah album gambar
lalu di ambil olehnya dan album tersebut di buka

di dalam album itu di penuhi dengan kad kecil dan kepingan-kepingan kertas yang tertulis ucapan yang sama di setiap kad
lalu si rakan bertanya kepada si isteri tentang kad-kad dan kepingan kertas kecil tersebut
dengan lemah lembut si isteri berkata

"Itu adalah KUNCI kebahagiaan keluarga kami"

Setiap hari, sebelum si suami keluar rumah, dia akan menulis ucapan dan meninggalkan kad atau kertas diatas katil mereka.
ucapan yang di tulis pula sama sahaja iaitu

"Terima kasih kerana masih menjadi isteri abang. Abang sayang dan cintakan Sayang kerana Allah."

hanya dengan sekeping kertas dan kad dan dua baris ayat menjadi peneguh ikatan kasih pasangan suami isteri ini...

Ya Allah..... indahnya ikatan perkahwinan yang menjadikan Islam sebagai asas perhubungan.
Indahnya Cinta antara dua insan yang menjadikan Cinta Allah sebagai paksi..

Selasa, 10 Julai 2012

SAYAP TERLUKA...


DALAM KERIBUAN HEMBUSAN BELIUNG
TERBANGLAH AKU SANG CAMAR HINA
MENCARI SINGGAHAN ANDAINYA KAU SUDI
MENGHAMPAR KASIH DI PANTAI HATI

SELAMA KU PUJA KINI JADI NYATA
SAYANG HANYA UNTUK SEKETIKA
SAYAPKU TERLUKA DI TIMPA BENCANA
AKHIRNYA KINI AKU SENDIRI YANG SENGSARA

KU TAHU DIRI INI
BAGAI MENGAPAI BINTANG DILANGIT
TERSINGKIR JATUH TIADA PERNAH KAU PEDULI

RAPUHNYA CINTA KITA
PATAH TEKULAI DI RANTING HAMPA
PEDIH TERLUKA TIADA SIAPA YANG ENDAHKAN

BIAR DERITA
BIAR SENGSARA
AKU RELA MENJADI MANGSAMU

AKAN KU SIMPAN DI NURANI INI
KENANGAN ANTARA KITA

KINI TERBUKTILAH CINTA DAN KASIHKU
UMPAMA PUNGGUK MERINDU BULAN
TAK MUNGKIN TERCAPAI HASRAT HATI INI
BIARPUN HARUS KU TUNGGU SERIBU TAHUN LAGI...

p/s: menangis dalam diam adalah lebih baik.....

Khamis, 5 Julai 2012

MenCaRi..


AKU MASIH MENCARI-CARI
SIAPA AKU YANG SEBENAR
AKU KELIRU DALAM REALITI ALAM
YANG KU RASA TERLALU KEJAM
DAN MENYEKSAKAN

AKU MASIH MENCARI-CARI
PUNCA MENGAPA AKU TAK SEPERTI MEREKA
BERTERBANGAN BEBAS DI RUANG ANGKASA
BEBAS MEMILIH UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA

ADAKAH KERANA AKU TERLALU INGIN
MENJAGA HATI MANUSIA LAIN
MEMIKIRKAN KEPENTINGAN LAIN
MENGUTAMAKAN KEBAHAGIAAN MANUSIA LAIN
SEDANGKAN KEBAHAGIAAN AKU
AKU ABAIKAN
AKU LONTAR KE TEPI

AKU MASIH MENCARI
HALA TUJU KEHIDUPAN YANG AKU INGINKAN
BUKAN MEREKA INGINKAN

ADAKAH AKU MAMPU MENIKMATI KEHIDUPAN YANG AKU SENDIRI TENTUKAN???