Rabu, 7 September 2011

Di bunuh kerana keEGOan kamu

Rasa sayang dan cinta bila dh mula bersemi mmg susah untuk kita buang. Seburuk mana pun pasangan kita, kita tetap terima dgn hati yang terbuka. Walaupun kawan-kawan nasihatkan kita supaya tinggalkan dia, namun rasa SAYANG dan CINTA inilah yang membuatkan kita terus tetap berada di sisinya.


Manis rasanya bila pasangan kita memahami kita. Ada yang sanggup berubah sedikit demi sedikit kerana ingin mempertahankan hubungan yang terbina. Sikap "GIVE AND TAKE" di amalkan dalam perhubungan untuk memastikan kedua-dua pihak bahagia dengan hubungan yang terjalin. Masing-masing perbaiki kelemahan diri yang di rasakan boleh menggugat hubungan dan dalam masa yang sama masing-masing menerima kelemahan pasangan masing-masing.

Namun ada juga yang tidak mahu berubah. Ada golongan yang merasakan diri mereka sahaja yang betul, cakap mereka saja yang mesti di dengar. Mereka menafikan hak pasangan masing-masing. Jean Piaget, seorang tokoh falsafah yang mengemukakan Teori Perkembangan Kognitif Piaget ada menyatakan tentang sikap EGOSENTRISM yang wujud pada peringkan awal pekembangan kognitif kanak-kanan iaitu seawal usia 2 hingga 7 tahun. Tapi rasanya, golongan yang masih belum berubah ini walaupun telah dewasa tetapi tahap pemikiran mereka masih berada di dalam lingkungan usia awal kanak-kanak.0

Aku menulis kali ini bukan untuk membebel pasal teori ni. Tapi ingin berkongsi kekecewaan tentang sikap segelintir manusia yang EGO. Kalau rasa dah buat salah tu, sedar la sikit. Minta la maaf. Tak susah nak minta maaf. Ini tak, bila dah buat salah, pastilah satu pihak tu akan marah. Tak payah la tanya lagi, "Awak marah ker??" Soalan ni cuma akan membuatkan dia semakin benci dgn kamu.

Dia tak meminta kamu untuk melutut depan orang ramai atau meminta maaf menggunakan siaran television atau radio. cukup dengan ayat " Ok, saya tahu saya salah. Saya minta maaf". Of course la dia akan membebel sedikit. Kita kena terima lah...yang salah tu kita. Apa-apa ketidakpuasan hati yang dia luahkan kita kena dengar. Tapi jangan pula lepas kita dengar kita p marah dia balik. Cukup pantang bila org yang salah tu cakap ayat ni "Marah ker? Ok lah, tak pe lah kalau marah" Tak minta maaf pun. Dah la tu, dia tinggalkan kita mcm tu jer.

Kita kena ingat, manusia ni ada macam-macam jenis bila marah.

1. Bila marah terus cakap.
Manusia jenis ni akan luahkan kemarahan dia pada saat tu juga. So kit tak perlu risau sebab bila dia dah habis membebel, marah dia pun akan reda. Dan dia tak akan mengungkit kesalahan yang kita pernah lakukan.

2.Bila marah terus diam.
Yang ni macam Gunung Berapi. Bila marah, dia tak akan luahkan kemarahan dia pada ketika itu. Tapi dia akan kumpul sampai pada satu keadaan di mana dia dah tak boleh nak handle lagi, dia "MELETUP!". Pada waktu itu, bila dia dah buat satu keputusan, ia dah tak mampu di ubah walau dgn apa cara sekalipun.

EGO ni ada kebaikannya. Namun lebih BANYAK keburukannya. Jangan sampai kita membunuh orang yang kita sayang kerana sikap EGO kita. Rendahkan EGO tak bermakna kita rendahkan MARTABAT diri kita.