Sabtu, 30 Julai 2011

Kini ia Menjelma lagi

kehadirannya telah lama ku tunggu
saat jari leka menghitung hari
tanpa ku sedar ia semakin menghampiri

semakin dapat ku rasai suasananya
saat melihat bulan semakin hilang di dada langit
ku sedar ia sebenarnya telah semakin hampir

setahun lamanya kami berpisah
menahan rindu menanggung resah
kini akhirnya tiba masa
menyambut Ramadan bulan mulia

ku harap kehadirannya kali ini
dapat ku penuhi sepenuh hati



p/s: i will be going back to sabah for raya...yay!!!

Khamis, 21 Julai 2011

TEACHER can KILL the entire NATION....



seberapa pentingkan peranan seorang guru di dalam hidup setiap individu???
bagaimana dgn anda semua rakan2 blogger?
seberapa besarkan peranan GURU di dalam hidup anda??

dewasa ini kerjaya sebagai guru dianggap kerjaya yang tidak professional.
sehingga ada yang mempersoalkan kredibiliti seorang pendidik.

LAYAKKAH GURU DI TELADANI?
HARUSKAH GURU DI HORMATI?
WAJARKAH DARJAT SEORANG GURU ITU DI ANGKAT?

semua persoalan ini menjadi satu isu perdebatan di mana2 sahaja.

Bagi anda, secara jujurnya... Di antara kerjaya sebagai GURU dan DOKTOR..
yang manakah lebih tinggi darjatnya?
yang manakah lebih profesional?
.
.
.
.
.
.
.
Dah dapat jawapannya?? Anda yakin dgn jawapan anda?.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jika jawapan anda adalah GURU...
Anda patut berbangga dgn diri anda
.
.
.
.

. Jika jawapan anda adalah DOKTOR
Tahniah saya ucapkan kerana anda sememangnya antara org2 yang TAAT.
.
.
.
.
.
Aku akhiri entry kali ini dengan satu kata2
Ia mungkin akan membantu anda untuk berfikir dengan lebih terbuka

" IF A DOCTOR MAKE A MISTAKE, IT WILL ONLY KILL ONE PERSON
BUT,
A TEACHER CAN KILL THE ENTIRE NATION"